Uwuwuwu... Part sweet.. Kot.. Bagi author.. 😙
------------------------------------------------------Rin pov
"Joe bangunlah...", aku cuba mengejut Joe yang terlentang atas katil aku. Lepas subuh jer dia terus tumbang balik. Tak guna! Nanti aku jugak yang kena kemas.
Takde respons, aik!? Selalunya dia senang nak kejut, sama macam aku. Kejut sekali pasti akan bangun.
"Jangan sampai aku siram air karang! ", aku menepuk lagi tubuh Joe.
Fine, no response.
" Oklah, kalau macam tu, aku masak sarapan untuk aku sorang jer... "
Kaki aku melangkah meninggalkan katil.
Tap!
" Ahh..!"
Tangan aku ditarik oleh Joe, tertumbang sekali atas katil. Tubuh aku ditarik dalam pelukannya.
"Ja..ngan..lari...aku..ta..kut..."
Laa... Mengigau ke dia ni? Sumpah cam budak-budak. Mimpi apalah pagi buta ni sampai teruk camni.
Aku mengetap bibir. Jantung aku mula mengepam laju. Damn!
"Weyh, a.. ku.. nak masak.. ni.. Nanti kau bangun, kau jugak tanya mana makanan", aku cuba meleraikan rangkulan Joe pada tubuh aku. Tapi, tangannya lebih kuat dari aku.
"Tak..nak..."
Terasa helaan nafas Joe di belakang leher aku. Err...
Aku membatukan diri. Lama-kelamaan terasa longgar pelukannya.
Aku bangun dari katil perlahan dan terus keluar dari bilik menuju ke dapur.
Fuh! Lega..
-----------------------------------------------------------------
"Rin! Mana spek abang?!"
Aku yang tengah menggoreng telur mata terbantut kerja aku terdengar suara Joe.
Aku diam tidak menjawab soalan Joe.
Jap, aku rasa aku dah letak atas meja malam tadi. Takkan boleh hilang camtu jer. Takkan spek tu ada kaki kot nak lari.
Aku meraba poket seluar aku, terasa ada sesuatu. Aku mengeluarkan isi poket seluar.
Err... Alamak! Hahhahaha, spek Joe ada kat aku. Bila masa lah aku capai spek dia.
Oh, sebab aku ingat tu spek aku. Padahal dah tergantung dah kat muka ni. Haih, bila spek lebih kurang sama, macam ni lah jadinya.
Ternampak kelibat Joe di ruang tamu, meraba-raba mencari spek kesayangan dia. Hhaha, power dia dahlah tinggi. Kesian pulak aku tengok dia.
Aku menyelit kembali spek Joe pada poket seluar aku. Biarlah dulu, aku suka tengok muka dia yang tak berspek tu. Lagi cute tahu tak?
Aku mengangkat telur yang siap digoreng. Nasi Lemak yang baru siap aku hidangkan di meja makan sebelah kitchen island.
"Rin.. Mana spek abang..?", Joe memeluk aku dari belakang. Kepalanya disangkut pada bahu aku.
Nasib baik aku dah siap menggoreng. Mahu aku simbah muka dia dengan minyak panas kalau tengah menggoreng tadi. Jom tambah lecur kat muka pulak. Hahahahha.
Cukuplah kat tangan weyh... Mengamit memori sungguh.
"weyh.. Aku nak buat kerja ni.. Lepaslah kejap...", aku cuba meleraikan pelukannya di pinggang aku. Tapi, sebaliknya makin erat pelukannya.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...