Aku keluar dari kelas dan bertemu dengan Bella, hari ni first meeting untuk kelab.
Nama aku Adriana Safiah. Aku ada banyak nama panggilan. Tapi, selalunya orang memang panggil nama aku jer. Nickname seperti Adrien, Ad dan Rin akan aku bagitau dalam cerita ni. Oklah, nama Rin ni sebenarnya aku nak bagi orang tertentu jer panggil, nama anonymous dan diari. So, dalam cerita ni. Memang aku bahasakan diri sebagai Rin.
Okay, back to the story...
Form 1
Aku terpaksa masuk kelab Matematik sebab kelab lain dah cukup kouta.
Aku melangkah dengan perlahan ke bilik matematik. Bilik yang dipenuhi dengan formula matematik di dinding sebagai mural. Boleh migrain aku macam ni.
Aku tak kisah sangat pasal ajk kelab ni sebab bukan minat aku pun. Masuk sebab untuk cukupkan kouta jer. Nasib baik Bella ada teman aku.
Nak dijadikan cerita. Waktu 4th meeting. Aktiviti berkumpulan. Ketua kumpulan pulak dalam kalangan ajk. Aku dengan Bella satu group.
Aktiviti dia adalah Q&A. Ya, Allah. Aku nak bincang apa jer. Math aku ace kot. Apa lagi? Aku dengan Bella berbual macam biasa. Baru nak rapat dengan kawan baru aku ni. Banyak cakap minah ni, senang masuk air.
"Yang korang berdua ni, takde soalan ke?", kitorang berdua serentak menoleh ke belakang melihat tuan punya suara.
Aku pandang dia dari atas sampai bawah. Tinggi, pakai spek and agaklah memang nerdy. Tu jer aku bleh describe, tapi ada something yang attract aku pada dia. And, familiar?
"Tak, tak tahu nak tanya apa", jawab Bella berseloroh.
"Oh, kalau ada apa-apa, boleh tanya abang", dia menepuk bahu aku sebelum melangkah pergi. Suka hati dia jer sentuh aku.
Aku memegang bahu aku yang baru disentuh dan tersenyum tanpa sebab. Bella pula dah menjeling aku dengan muka mengusik.
"Alalalala, dah jumpa crush baru ke?" Bella bersuara. Dia ni, kalau bab pasal lelaki. Dari A sampai Z dia boleh citer. Kalau gosip. Sampai esok belum tentu habis.
"Tak, takdelah. Dia pegang bahu aku. Geli aku. Tak pernah budak lelaki sentuh aku", aku menepis-nepis bahu aku.
"Dah tu, kenapa kau senyum?" Bella mencubit pipi aku.
"Ah, spontan jer tadi", aku menolak tangan Bella. Sakit woi.
'Siapa dia? Muka dia nampak familiar.', bisik hati aku perlahan sambil mengurut dagu sebelum meneruskan perbualan.
~. ~. ~
Aku belok ke lorong blok C. Tanpa memandang hadapan.
Dang! "Aduh!"
Alamak! Aku langgar seseorang. Aku jatuh terduduk. Buku yang orang aku langgar bersepah di atas lantai. Gulp!
"Awak okay tak?", suara agak familiar.
Aku memandang orang di hadapan aku.
Gulp! Aih, mamat ni ke?! Jantung aku dah buat pasal. Tengok muka dia tengah risaukan aku. Err...
"Ah! Okay okay." aku tersedar dari lamunan. Segera tangan aku tolong mengutip buku-buku yang bertaburan. Dia pun turut serta mengutip. Apa ni Rin? Baru janji tak nak ada crush baru kat sekolah ni.
Sempat aku meneliti buku-buku yang aku kutip. Buku teks Biology. Buku latihan Biology. Buku rujukan. Buku teks Addmath? Eh, buku latihan pun ada terselit juga.
'Ahmad Johan bin Ahmad Fauzi, kelas 4 Lestari', ni nama dia ke? Kelas Lestari tu bukan kelas pandai ke? Jap, nama ni...
"Err, dah habis ke kutip buku tu?", aku tersentak. Mengangkat kepala menghadap muka dia. Tak sedar aku asyik membelek buku di tangan.
"Oh, dah", aku tersengih dan menghulur buku-buku.
"Nama abang, Johan kan?", soal aku agak gagap.
"Ha ah, panggil abang Joe jer, boleh?" jawab Joe sambil menyusun buku di tangan.
Aku hanya mengangguk. Tak tahu nak cakap apa. Aku mengetap bibir.
"Nama awak?" soal Joe kembali.
"Nama aku, tak I mean saya, Adriana, panggil Rin jerlah", hati aku tergerak untuk membenarkan lelaki di hadapan aku ni memanggil aku Rin.
"Okay, Rin. Abang pergi dulu. Dah lambat ni." kata Joe sambil melihat jam G-Shock berwarna merah hitam di tangannya. Dia meninggalkan aku dan bergerak ke arah Makmal Biology Moden.
Aku hanya terkebil-kebil melihat Joe melangkah pergi. Ish! Apa ni Rin! Tapi seriously, aku rasa macam pernah jumpa dia sebelum ni.
Aku menggeleng sebelum tersedar dari lamunan.
Aku meneruskan perjalanan aku ke bilik guru. Kena jumpa cikgu matematik aku, Cikgu Rozila.
~.~.~.
"Ad!"
"Oh tak guna buku terbang!", aku melatah. Haih, apa kenalah dengan aku ni. Terjatuh semua buku Math di tangan aku. Kalkulator aku pulak dah meluncur jauh dari aku.
"Hehehehehe", kedengaran suara Aisyah gelakkan aku.
"Apa ni Sha, habis semua buku kita jatuh", aku mencebik. Terpaksalah kutip semua buku yang dah bertaburan.
"Hehe, alah. Saje jer nak test." Aisyah membuat mimik muka comelnya. Aisyah mencucuk-cucuk pipi aku. Aku mendengus.
"Adriana yang Aisyah kenal tak cepat melatah. Ni mesti tengah berangan kan. Ad ni kalau tak berangan tak sah. Dah ada crush baru la tu.", kata Aisyah. Dia mencubit pipi aku yang tengah mengutip buku.
"Ma.. Mana ada, blahlah", aku menafikan dan menepis tangannya yang mencubit pipi aku.
"Alah, Ad. Janganlah ada crush baru. Aiman awak nak campak mana nanti", Aisyah membuat muka mengusik dia.
Aisyah ni member aku since sekolah rendah. Best friend aku jer panggil aku Ad. Dulu dia ni pendiam gila sampai aku cakap dengan dia pun macam cakap dengan dinding. Sejak naik sekolah menengah ni. Dia banyak pulak bercakap. Jadi, dia kenallah sape crush aku masa sekolah rendah dulu, Aiman.
"Baik awak tolong kita amik calculator tu. Sebelum kita bunuh awak kat sini", aku memberi amaran.
"Eleh, nak tukar topik lah tu", Aisyah mencebik.
"Awak, baik awak cepat. Nanti Pn. Rozila marah nanti sebab lambat", aku menarik lengan baju Aisyah supaya tolong aku mengutip barang aku.
"Yelah, yelah" Aisyah segera mengutip calculator aku yang agak jauh dari capaian aku.
Aku tersenyum puas. Nasib baik dengar arahan. Kalau tak, memang aku ketuk kepala Aisyah ni.
Kitorang bergerak ke kelas 5 Perdana yang terletak di blok A dengan pantas. Kenapalah cikgu Rozila ni malas sangat nak naik kelas kitorang. Sampai sanggup tumpang kelas orang lain.
––––––––––––––––––––––––
Hai🙋🏻♀️Ni fisrt author menulis. kalau ada typo salah semua sorry sangat-sangat. Kalau rasa ada apa-apa kekurangan boleh comment. Tq. 😊
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...