(4) Gift?

1.1K 58 1
                                    

"Sila balik kelas sekarang, masa rehat dah habis..."

Pengawas dah mula menjalankan tugas dia. Menghalau orang masuk ke kelas 5 minit sebelum waktu rehat habis. Aku yang tengah kunyah roti coklat terus bangun dari bangku.

"Weyh Adriana, petang ni ada meeting tau cam biasa", Kak Mas meninggalkan pesanan kepada aku. Gaya dia tengah on the way nak gi makmal Science. Btw, kak Mas ni pengerusi Briged Bestari untuk tahun ni and of course, mestilah dia form 5.

"Ouh...kay...", aku cuba membalas dengan mulut penuh roti coklat. Hahaha, tak senonoh betul!

Aku menapak balik ke kelas. Huargghh! Lepas ni waktu Pendidikan Sivik, tak silap aku cikgu tak datang. Yes! Boleh tenangkan otak aku ni skit!

'Arghh.. Kenapa kelas ni kat tingkat 3?!' aku malas nak menapak sampai tingkat atas sekali Blok E ni.

Masuk ke kelas dengan kaki yang lenguh. Terus aku bergerak ke tempat aku dan melabuhkan punggung.

"Sampai dah Adriana?", Jun mengusap belakang aku.

"Taklah, tengah jalan lagi ni, belum sampai lagi...", aku memerli Jun.

"... belum sampai mana tu.. Hati Johan ke? Eheheheeh!", mula dah Jun ni. Memang ada yang makan kasut sekolah ni karang.

"Kau dah sampai dalam hati Syahir, kau diam!", Azura di sebelah memback up aku.

"Bila masa...?!", Jun menjeling Azura dengan senyuman yang cuba disorokkan. Muka dah mula memerah.

"Dah lah Jun... Dah sampai tu duduk jerlah diam-diam... ", sambung Azura dengan keningnya terangkat sebelah.

"Ya Allah..! Bila masa...?!", Jun mula menekup mukanya.

"Aik...! Dah blushing teruk dah?!", Azura cuba mengintai muka Jun dari bawah.

"Mana ada!"

"Yelah Jun, tak nak ngaku sudah!", Azura mengalah.

"Btw Adriana, kau tahu tak Johan datang tadi?", Azura menoleh ke arah aku pula.

"Huh.. Tak? ", jawabku acuh tak acuh. Terus aku mencapai bullet journal aku untuk diupdate.

"Seriouslah kau tak tahu Ad? Kau kan kesayangan dia..", tanya Jun lagi. Terselit ayat membahan tu.

"Manalah aku tahu, aku bukannya penting pun bagi dia", aku mencampak pen biru aku ke arah pencil box aku. Woah! Masuk!

"Tadi kan, dia jumpa sorang perempuan ni.. ", Azura menyambung ceritanya. Dah lah, aku malas nak dengar pasal mamat skema tu.

" So...? Biar ah dia, hidup dia buat apa aku nak kacau? ", aku menjeling Azura tak puas hati. Jujurlah jugak, hati ni sakit tiba-tiba.

"Dia bagi hadiah kot kat perempuan tu. Barang Typo kot tak silap aku.", sambung Azura. Dia cuba mengingat balik apa yang dia nampak tadi.

"Sape perempuan tu...? ", tanya aku dengan muka berkerut seribu.

" Ceh... Ingatkan kau tak nak tahu. Tadi bukan main ego eh kau.. ", Azura tersenyum leret. Nak jer aku tarik mulut dia bagi mengherot ke tepi.

"Bagitahu jerlah sape. Yang aku yakin bukan Alin ah..", ujarku. Tangan membelek buku Mathematics yang ada depan aku.

"Ye ke...? Kau yakin ke bukan Alin...?", Azura mengangkat-angkat keningnya. Menyampah sia...

Pap!

"Lek ah, pahal nak baling-baling buku pulak ni?!", Azura memegang buku latihan Mathematics aku yang baru singgah kat mukanya tadi.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now