"Abang..."
Joe termenung di atas katil. Buku Physics form 5 diselak. Rasanya buku tu dah disimpan dalam kotak. Pandai pulak dia cari.
Sekarang baru aku nampak apa yang dia buat kat rumah masa zaman sekolah selama ni. Study tak ingat dunia!
"Joe.."
Baru Joe mengangkat muka menghadap aku.
"Kenapa Rin?"
Aku melangkah masuk ke biliknya dan duduk di sebelah Joe.
Joe pula cuba mengambil jarak antara aku.
"Tak..kau kenapa.. ", Joe bagaikan mengelak daripada tersentuh dengan aku.
Air mata aku bertakung kembali. Perit tahu tak hati aku rasa ni... Aku fahamlah dia hilang ingatan... Tapi..
"Jangan lah nangis.. Aku ada jer kan depan mata kau... Tak lari mana pun.. ", air mata aku diseka dengan ibu jarinya. Terasa juga tangannya terketar-ketar cuba menyentuh aku.
"Jangan lepas..", aku sempat mencapai pergelangan tangannya dan digenggam erat.
Joe tergamam.
"Jangan risau.. Tak salah pun.. ", tapak tangannya aku letakkan pada pipi aku. Hangat jer rasa.
Kat sini aku boleh conclude. Zaman dia meningkat remaja tak berani langsung sentuh perempuan lain.
"Maafkan aku.. Aku tak boleh.. ", Joe mengenggam tangannya dan cuba menarik tangannya kembali.
Tangan aku pantas mengenggam kemas.
" Tengok mata aku... "
Kami berdua bertentang mata. Dengan perlahan aku meletakkan kedua belah tapak tangannya yang terketar-ketar pada pipi aku. Aku cuba mengukir senyuman.
Muka blank Joe buat aku rasa sayu sangat. Yelah, selama ni aku nampak muka matured dia jer sebab dia lagi tua dari aku. Tapi, bila perangai dia jadi lebih 'muda' dari aku, aku nampak muka innocent dia kat situ.
"Nampak tak?"
"A..pa...?", tangan Joe masih lagi terketar-ketar.
"Muka aku ni... ada nampak muka budak 15 tahun ke..?", aku genggam kembali kedua belah tangan Joe. Haih, tangan dia dah lah besar.
Joe menggeleng. "Nampakla, kau tinggi dari yang aku biasa nampak, and... muka pun makin lawa..", jawab Joe sambil tersengih.
Aku hanya memberi segaris senyuman.
"Rin.. kau tahu kan..?"
"Apa dia?"
"Aku... sayang kau..", Joe tesengih, menayangkan barisan giginya yang tersusun lawa. Ergh! Muka ni yang buat aku cair dulu.
"Err.. ehmm.. hmm.. Aku tahu..", haduh, muka aku dah naik memerah.
"Kejap..", aku bangun dari katil dan menyelongkar kotak berisi barang lama Joe. Kotak tu Joe baru jer heret masuk bilik ni tadi.
Buku apa ni? Buku nota berkulit warna biru gelap. Agak lama keadaannya. Aku bukak melihat isi kandungan.
Smirk.
"Nah, daripada kau baca buku Physics yang takde function untuk zaman ni, baik kau baca buku yang kau tulis ni..", aku menghulur buku tadi ke arah Joe.
"Weyh! Tu buku penting aku!", Joe mencapai buku yang dihulur. Di membuka melihat isi buku tersebut.
"Wow, dah penuh terisilah, kalau ikutkan, yang aku ingat, aku baru tulis sampai page sini..", Joe membuka muka surat bertarikh hari ni tapi tahun jer berlainan.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...