??? pov
Aku melangkah masuk dengan langkah yang teragak-agak ke office baru aku. Betul ke kat sini?
Convenient gila tempat ni! Kerusi dia empuk gila. Pantry pulak lengkap dengan segala perkakas. Kalau macam ni, hari-hari aku balik lambat doh.
Tap! Sebuah buku nota hitam mendarat di atas meja.
"Weyh, lama tak jumpa kau! Kau dapat kerja kat sini ke?!"
Aku menoleh ke arah tuan suara, cuba mengecam muka yang berada di hadapan aku. Tampak kemas dengan suit nya. Mesti manager bahagian atasan. Aku agak jer...
Jap, dia ni..
"Harith! Lama tak jumpa kau doh!", aku terus memeluk sahabat lama aku itu.
"Weyh! Kau dah lama tak contact aku kenapa?"
"Errr... Busy lah..", actually phone aku rosak dan terpaksa buat nombor baru. And, aku hilang banyak contact termasuk Harith. Yelah, aku tak rasa aku perlu hafal no. dia kot.
"Yelah tu busy.. Busy layan makwe kau la tu, eh eh, member aku ni taken ke? Al maklumlah ramai peminat kan kau ni...", terjonket-jongket kening Harith mengaju soalan kepada aku.
"Err.. Ehem.. of course tak... Aku kan still ada crush on her... Kau tahu lah kan ....."
"Kau still tak move on lagi ke?!", buntang mata Harith mendengar jawapan aku.
Aku mengangguk perlahan.
Harith membuat facepalm sambil menggeleng perlahan.
"Please lah weyh! Kau takkan dapat dia.. err...", kata-kata Harith mati dengan mengetap bibir.
"Wha-"
------------------------------------------------------------------------------
Rin pov
"Auuww! Panas!", tangan aku terkena cerek panas. Haih, aku tengah mamai lagi ni. Tapi, nak buat camne kalau pagi-pagi je dah ada suami nak kena hidang sarapan.
Aku terus mencapai bekas berisi tepung di atas kabinet dapur. Penutup dibuka dan terus aku mencelup tangan aku dalam tepung.
Ni petua mak aku, kalau basuh dengan air nanti lagi teruk.
"Sayang okay tak?", Joe yang datang dari ruang tamu mendapatkan aku.
Aku menoleh. Joe dengan tali lehernya tidak dikemaskan lagi berjalan ke arah aku.
"Apahal sayang celup tangan dalam tepung tu?", Joe mengerling pelik ke arah tangan aku yang tertanam dalam tepung gandum.
"Diam.. Diam! Aku tahu apa aku buat.. ", aku melihat reaksi Joe yang makin lama tiba-tiba menahan mulutnya daripada tergelak.
"Air dah siap ke?", Joe mendapatkan aku.
"Belum.. Tu hah, air tak tuang lagi.. Kalau kau nak sekarang, tuang ah sendiri.. ", aku malas nak cari gaduh pagi-pagi buta ni.
Krik.. Krik..
Joe kembali ke biliknya.
Aku hanya mengerling. Awkward tiba-tiba.
-------------------------------------------------------------------------
"Harith!"
Aku yang termenung, mengangkat kepala aku. Tersentak mendengar suara Hidayah di hadapan aku yang tengah mengunyah nasi goreng.
"Are you alright?", Hidayah mengaju soalan. Haruth yang datang dari belakang aku menarik kerusi dan mengambil tempat di sebelah Hidayah.
Harith hanya diam, tidak menjawab soalan Hidayah. Baru nak amik feel kot baru lepas keluar hospital. Aku hanya memerhati mereka berdua sambil menghirup teh o ais aku.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...