Joe pov
'Wow, pandai kenakan aku eh.., siap kau malam nanti!'
-----------------------------------------------------------------
Rin pov
"Aku nak pakai baju apa ni?!"
"Pakai jerlah apa yang ada, just walk-in closet kau tu... Berlambak baju aku dah belikan untuk kau!"
"Err..."
Okay, aku memang tahu. Berpuluh pasang baju berjenama tergantung dalam walk-in closet aku. Tapi, cerita dia sekarang ni, aku dah blank nak pilih yang mana sebab semua lawa gila nak mati!
And, kebanyakannya branded, aku tak berapa biasa pakai baju yang branded. Fashion sense aku pun amat teruk. Zaman sekolah aku dulu, member aku semua mesti label aku boyan. Ntahlah, asal selesa sudah.
Aku keluar dari bilik aku dan menerjah bilik Joe tanpa megetuk pintu atau apa-apa notis.
"Then, what are you..."
Whop! Woah!
"...going to...wear...?"
Aku tak tahu aku perlu habiskan ayat tu ke tidak.
Joe... Dia..
Slam!
Aku menutup pintu balik dan terduduk sambil bersandar pada pintu. Apa yang.. aku buat ni!
Terasa darah menyerbu ke muka. Aku menekup muka aku menahan malu.
Kcak! Bunyi pintu dibuka.
"Hah, kantoi eh skodeng abang... Nakal eh sayang ni...", terasa telinga aku ditarik lembut.
Mana taknya, aku jadi macam ni sebab aku bukak pintu pada wrong timing?! Dia tengah nak pakai baju! Argh! Otak aku mereng! Mereng!
"Merah dah muka kesayangan abang ni...", Joe cuba menurunkan tapak muka aku yang menekup dari tadi.
Aku mengintai dari celah jari. Hik! Malu!
"Dah, tak payah nak malu bagai... Cepatlah tukar baju, tadi dia yang beriya ajak keluar.."
"Kau... pilihkanlah baju aku... Aku tak tahu..."
Joe smirk. Terasa kepala aku diusap lembut.
"Sini..", tangan aku ditarik oleh Joe. Aku terpaksa bangun dan mengikutinya masuk ke bilik aku.
-----------------------------------------------------------------
"Err.. Seriously Joe?", aku melihat pantulan diri aku pada cermin aku.
"You look great Rin. Nak berbalah lagi ke..?", Joe menyembamkan mukanya pada timbnan baju aku yang terletak atas katil.
Actually, dia dah frust melayan kerenah aku. Dari tadi aku cerewet tak tentu pasal. Mana taknya, semua baju tu buat aku rasa insecure.
I know, semua memang elok and menutup aurat. But, the design really buat aku insecure.
Err... aku je kot rasa camtu.. Maybe, orang lain okaylah.
"Tapi..."
"Dah, enough! Dekat dua jam kita kat dalam bilik ni. Bila nak keluar nya?", Joe mengangkat mukanya. Rambutnya dikemaskan kembali. Uwuwu..
Heheh.. Aku tersengih-sengih.
"Alah.. Tapi.."
"Dah dah, tak payah nak banyak mulut. Jom!", Joe bertindak mendapatkan aku dan mencempung aku dari belakang.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...