Aku menerima kertas ujian Matematik penggal ke 2. Seperti yang aku jangka, markah Matematik aku merudum teruk.
'macam mana aku yang ace ni boleh jadi macam', aku menyimpan kertas dalam fail. Tak nak tengok lama-lama.
"Adriana! Nak tengok kertas, berapa awak dapat?!", jerit Jun dan melangkah laju ke arah meja aku.
Aku menggeleng. Tak nak tunjuk, sebab tu bukan keputusan untuk budak macam aku.
Masa aku amik kertas dari cikgu tadi,
"Adriana, macam mana markah awak boleh jatuh macam ni. Exam akhir tahun lagi berapa bulan. Selama ni awak boleh jer score", komen Cikgu Rozila. Disebabkan aku pelajar kebanggaan dia. Dia slow talk jer dengan aku.
"Saya... Tak tahulah teacher. Saya study okay je", jawab ku acuh tidak acuh. Memang takde modal nak cari alasan.
"Awak ada masalah ke? Sejak akhir-akhir ni saya nampak awak muram jer dalam kelas saya."
Aku diam. Tak tahu nak balas apa.
"Selama ni, awak ceria jer dalam kelas saya. Orang paling awal masuk kelas saya. Kenapa awak boleh berubah macam ni?"
"Saya, jujurnya ada masalah. Sampai mengganggu tumpuan saya", senang jer fikir ayat. Huk.
"Why?", cikgu Rozila memandang muka ku. Aku gugup.
"Err... It's okay teacher. Just a small matter, I can handle it."
"Kalau kamu tak nak cerita takpe, tapi kalau ada masalah boleh cerita kat cikgu ya", cikgu menghulur kertas ujian kepadaku.
"Thank you teacher", aku mengambil kertas dengan lemah dan balik ke tempat aku.
Bam!
"Adriana!", Jun menghentak meja. Aku tersentak dari lamunan.
"Kau dah kenapa, termenung je dari tadi, nak kertas weyh!", tempik Jun yang duduk di hadapan aku.
"Ah, kau nak buat apa?", aku acah tidak faham. Padahal aku tahu dia nak jawapan soalan dalam kertas tu.
"Nak jawapan lah. Kau mesti semua betul kan?"
Aku menggeleng, "Tak boleh".
"Alah, kenapa tak boleh?", Azura di sebelah menyampuk.
Aku mendengus. Tetap menggeleng.
"Tak payahlah, korang carilah jawapan sendiri"
"Kau ni dah kenapa tiba-tiba jadi kedekut ni!", ujar Azura ditekankan suaranya.
"Suka hati akulah, kertas aku. Aku ada hak nak bagi ke tak!", jerit aku.
"Adriana! Why are you shouting at the back?! ", marah Puan Rozila di hadapan kelas. Semua orang tengah memerhatikan kitorang dari tadi.
"Err...", aku mengetap bibir.
"Teacher, Adriana doesn't want to give her paper to me!", Jun mengadu. Eee, budak pendek ni. Rasa nak humban jer keluar kelas. Sabar jerlah.
"Jun, Adriana has own reason she do so. You don't need to force her. Okay Jun?", Puan Rozila membela aku. Terharunya!
"okay teacher", mengalah Jun dengan nada reda.
"Weyh, sorry", Jun menarik tangan aku.
"Hmmm..", aku takde mood. Marah aku tak hilang lagi.
Akhirnya, tiada siapa yang bersuara. Kitorang membuat kerja masing-masing.
Sempat aku memandang Aisyah yang duduk jauh dari kitorang. Dia juga memandang kosong ke arah aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...