Joe pov
Aku melangkah perlahan menuju ke dapur. Aku yakin Rin dah tido. Kalau tak aku nampak dia terperap dalam bilik kerja, print banyak paperwork macam aku selalu suruh.
Kopi aku bancuh sendiri, kopi O pekat. Malam ni aku kena siapkan jugak semua planning aku. Aku jer yang tahu, Rin tak tahu apa aku rancang kan ni.
Smirk. Air kopi yang aku bancuh tadi aku hirup sampai habis. Pahit!
Diari Rin yang tertinggal atas meja makan aku ambil dan bawa masuk bilik.
---------------------------------------------
Aku bangun dari tidur. Argh..!
Aduh! Takkan migrain lagi. Menyesal tido lambat malam tadi. Aku mengurut kepala aku perlahan. Sakit kepala biasa jer kot.
Aku mencapai tuala dan pergi mandi.
Dah bersiap pakai baju semua. Terasa kepala aku berdenyut balik. Ish! Tak boleh jadi ni.Aku capai kunci kereta dan keluar dari bilik.
"Rin.. ergh..", aku cuba menyembunyikan kesakitan yang aku alami.
Rin yang tengah pakai stokin kat kerusi memandang aku.
"Abang okay...?", soalan pertama yang keluar dari mulutnya. Damn! Dia dengarlah keluhan aku tadi.
"Okay jer.. ergh.. nah! Kau turunlah dulu. Aku nak kau bawak kereta harini, jangan tanya kenapa..", aku mencampak kunci kereta kesayangan aku ke arah Rin. Tap! Rin sambut dengan penuh bergaya.
Author: Lol, bila masa ayat kau pepelik ni Joe?
Author diam. Kau yang tulis, aku pulak kena.
"Uhmm.. okay.. Are you sure you're okay.. abang..?", Rin bangun menuju ke arah aku.
"Im fine, just... pening sikit sebab tak pakai spek..", alasan paling tak munasabah tapi logik sebab aku memang tak pakai spek skang. Tanpa menunggu balasan Rin aku masuk semula ke dalam bilik.
Aku pening nak fikir. Tali leher aku sangkut jer kat leher. Spek aku dilap sebelum aku pakai. Blazzer aku bawa jer dengan tangan. Beg aku? Kat luar tadi aku letak malam tadi.
Aku keluar dari bilik mengejar dapur dengan sakit yang ditahan. Ubat aku dicapai, aku telan dengan air kopi yang dibancuh oleh Rin tadi.
Aku kembali ke ruang tamu. Jap, mana beg aku?
--------------------------------------
Aku masuk ke dalam kereta, tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Terus aku sandarkan diri pada kerusi. Mata dipejam.
"Jalan.. takyah tanya...", belum mendengar suara Rin aku dah mengarah.
"Abang... saya cakap elok-elok ni.. Abang okay tak ni..?", nada suara Rin kedengaran rendah. Tak kasar macam selalu. Jap, sejak bila dia guna panggilan abang tu? Rasa sejuk pulak mendengar.
"Sikit jer, tadi dah telan ubat..", aku membaringkan seat aku. Tak boleh nak cakap banyak. sakit!
"Abang... Kalau migrain, jangan nak paksa lagi diri tu.. ehm..", Rin masuk gear dan dia pandu kereta aku keluar dari tempat parkir kereta.
Aku tertido di sebelah Rin yang sedang memandu.
---------------------------------------------
Rin pov
Dia ni kan. Keras kepala sungguh. Aku dah berapa kali cakap dengan dia kalau migrain tak payah nak mengada push diri pergi kerja.
Kereta pun suruh aku bawak. Haih...
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...