Rin pov
"Emm... Bila aku ingat balik, aku rindu nak jadi loner cam dulu, tak ramai orang yang perlu aku interact, sekarang ni, har-hari interact dengan orang baru...", Joe tergelak dengan ayatnya sendiri.
Aku termenung, tak sangka zaman sekolah dia dulu macam tu, terkurung kat rumah tak boleh keluar rumah. Aku ingat aku paling teruk. Terkurung kat asrama jadi lonely sebab kes Fauzan tu.
"Rin?"
Aku menggeleng perlahan. "Ngantuklah, tidur dulu...", akhirnya aku menyandarkan kepala pada kerusi sebelum terlelap. Otak aku menejelajah jauh sangat, banyak benda yang menyerabutkan kepala aku.
---------------------------------------------
A few month later....
"Baju ni tak lawa ke?"
Aku menoleh ke arah Joe. Dia ni kan, aku dah cakap kan tema baju raya tahun ni warna..
"How many time should I said Joe? If you like that one, carilah warna Metallic Blue!", aku yang tengah membelek baju di rak sebelah meletakkan semula pada tempat asal.
"Metallic red takleh ke? Hahaahah...", Joe menyorokkan tawanya dengan baju yang dipegangnya.
"Sukatilah, tapi raya second boleh...", aku bagi greenlight bersyarat.
"Alah... second day malaslah nak pakai baju melayu...", Joe membelek lagi baju yang dipegangnya, dipusing-pusing.
"Kalau macam tu, baik tak yah.."
"K fine..."
Aku mendengus perlahan. Menyambung membelek segala baju raya yang ada kat butik ni.
"Ehem...sayang..apa kata kalau tahun ni kita pakai warna ni...?"
Aku toleh semula. What?
"Kan aku..."
"Aip! Kalau nak gaduh sebab warna jer, baik gabung terus... Biru campur merah? Plus metallic?"
Purple metallic? Umm...
Aku mendengus perlahan. Okay jugak actually warna tu. Bijak dia ni.
"Fine..."
"Ah!", terasa seseorang memeluk aku dari belakang. Tapi, tubuhnya bukanlah saiz orang dewasa.
Aku memusingkan kepala aku. Seorang budak lelaki kecil lingkungan 7 tahun sedang memeluk aku dengan tawanya tersisa pada bibirnya.
'Comelnya...'
"HIk hik...", budak itu tiba-tiba memandang muka aku. Aku terkejut.
"Aunty ni comellah, macam kawan mama...", budak itu tiba-tiba bersuara.
Aku tersenyum leret. Sapelah mama dia ni ya?
"Kenapa ni Rin?", Joe menghampiri aku.
"Ouh takde apa, budak ni terlanggar Rin jer...", aku menoleh sekilas ke arah Joe. Kemudian aku melutut bagi sama tinggi dengan budak lelaki tersebut.
Muka budak ni...
'Asal cam aku pernah jumpa budak ni?'
"Aku rasa macam pernah nampak budak ni, kat mana eh?", tiba-tiba Joe bersuara. Aku memusingkan kepala aku. Joe mengurut dagu.
"Mama kata dia dah lama tak jumpa aunty, rindu~...", petah sungguh budak ni berbicara. Siap dilagukan perkataan 'rindu' tu.
Aku mengamati muka budak tersebut. Muka dia macam...
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...