Tangan aku berbalut akibat lecur kena mercun tadi. Nasib baik tak teruk sangat. Tapi kena jagalah luka lecur ni baik-baik.
Kitorang masih di klinik. I mean dihadapan klinik. Ambil angin sebelum balik ke padang tadi.
Joe disebelah aku hanya termenung. Tangannya juga berbalut. Kitorang berdua memang sama kesan impak tadi. Cuma berbeza belah tangan.
Mesti ada rasa kesal dalam hati dia. Al maklumlah baru first time main dah kena teruk camni.
"Okay tak tangannya, pakcik mintak maaf sebab tak perasan terbaling ke arah korang tadi", pakcik duduk di sebelah aku.
"Ah, takpe pakcik, sikit jer ni. Adrien kan tough!", aku memberi senyuman 'smirk' kepada pakcik.
"Maafkan abang eh, tadi serious tak perasan abang terbaling tadi", pakcik memandang ke arah Joe. Nampak riak mukanya yang begitu bersalah. Anak buah sendiri takpe, anak buah orang sape nak jawab?
"Alah takpe, asalkan Ri.. Adrien okay", Joe memberi senyuman ikhlas kepada pakcik. Memang positif orangnya. Lagi aku diselubung rasa bersalah.
"Ni nanti nak jawab apa dekat mak Johan? Kalau dengan pakcik sedara kamu tu faham lah kot", pakcik menggaru kepala. Risau nak kena menjawab nanti. Takut dibawa masuk kes polis aje.
"Alah, nanti Johan cakap yang tadi terjatuh pastu luka teruk. Kan setel", Joe ketawa kecil. Arrgghh! Kenapa cute sangat! Eh, apa ni Rin. Cukup ah fangirl tu.
"Senang jer cakap camtu", pakcik kurang yakin dengan jawapan Joe.
"Tak payah risaulah, mak Johan bukannya kisah sangat. Asal Johan pandai jaga diri sudah lah. Kalau jatuh kena bangun sendiri.", jelas Joe panjang lebar.
"Pak cik belaja korang berdua makan dulu eh?", cadang Pak cik. Aku suka kalau bab makan ni. Lagi-lagi pekena teh tarik waktu malam macam ni.
"Okay!", aku dan Joe jawab serentak.
Sejak kejadian tu. Aku dan Joe jarang sangat berjumpa, kalau jumpa pun setakat lambai jer.
Aku pun tak tahu kenapa jadi tak berani nak tegur dia. Mungkin sebab rasa bersalah. Bersalah sebab apa? Mungkin kalau aku tak ajak dia main mercun bola waktu tu, benda tu takkan terjadi kot.
Arrgghh! Mengapa salahkan takdir?!
Setiap kali aku join pakcik aku. Aku mesti tanya tentang Joe kepada abang Ali. Tapi jawapannya sama jer, dia duduk kat rumah belajar sebab dia budak top student kat sekolah pandai. And, dia nak PT3 tahun tu.
Aku hanya diam jer tak tanya lebih lanjut. Nanti dituduh jatuh hati susah nak menanggung usikan kawan-kawan pakcik aku ni.
Aku tak tahu, kalau itu cuma alasan atau memang betul kenyataan yang diberikan.
Nampaknya, perpisahan kitorang tak sampai berapa bulan pun. Hahaha, takdelah dramatik mana.
Lepas UPSR, aku naik ke tingkatan satu dan berjumpa dengan mamat bernama Johan ni juga. Tinggi, bercermin mata, cute and handsome bagi aku. Ya, Joe yang pernah aku jumpa dulu tulah orangnya. Tapi, aku tak sedar pun sampailah sekarang. Tingkatan 3.
Sekarang depan mata aku. Yang tengah memandang muka aku macam apa dah ni.
Patutlah aku macam familiar dengan muka dia ni time form 1 dulu (tengok chap 1 balik kalau tak ingat).
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
"Rin! Jangan diam jer, jawablah soalan aku...", Joe menggertak aku.
"Ah, ye.... Aku ingat... sangat...", aku jawab perlahan. Air mata aku bergenang balik. Aku sangka aku takkan jumpa lagi mamat innocent tu. Rupanya sekarang memang ada jer depan mata aku.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...