Rin pov
Aku melangkah masuk ke dalam office Joe.
"Kunci pintu"
Tanpa banyak soal, aku mengunci pintu.
Langkah diatur ke arah sofa. Spek ditanggalkan, aku lempar atas meja kopi.
"Arrgghh! Penatnya! ", aku menghempas tubuh pada sofa yang cukup empuk bagi aku.
Joe melonggarkan tali lehernya. Lengan bajunya dilipat sehingga ke siku. Butang baju dibuka bahagian atas. Uwuwuuwuw.
Dia menyandarkan diri pada kerusi. Kepenatan.
Silence. Tiada bait perkataan yang keluar dari mulut kitorang berdua. Masing-masing kepenatan.
Ntah, harini banyak kerja. Meeting aku hadap. Aku pun dah tak boleh brain. Dengan projek besar yang baru terima tadi.
Belum Hidayah ngan Harith buat pasal lagi. Report diorang lambat sampai. Aku yang tolong lengkapkan mana tak lengkap. Eiii.... Sabar jer lah.
Berlari lah aku ke hulur ke hilir.
Haih...
"Rin... "
Aku membuka mata aku. Power aku tak tinggi pun rabun aku. Jadi aku still bleh nampak mukanya.
Krik.. Krik... Dia terlelap. Ke dia mengigau?
"Rin... Kopi...", dengan mata terpejam, dia bersuara. Hmm.. senang jer ya mintak air macam tu.
Aku mengerling jam tangan aku. Agaklah, dah pukul 9:30 malam.
Blazzer aku ditanggalkan dan aku gantung di kerusi. Aku mencapai dompet aku yang terletak di atas meja kopi dan keluar. Aku tak macam perempuan lain, pakai handbag. Aku tak perlukan pun handbag tu, aku cuma bawak handphone dan dompet jer.. Dua-dua seluk poket.
----------------------------------------
Seraya aku masuk ke premis Starbucks, mata aku tertarik pada dua orang member yang aku kenal di hujung kedai. Amboi, dating tak habaq aku.
Langkah aku menuju ke arah diorang. Tak, langkah aku mati separuh jalan. Hmm... Nampaknya diorang betul-betul perlukan privacy.
Aku kembali ke kaunter, beratur untuk membeli air. Fikiran aku melayang jauh.
Terbayang Joe yang tertidur kat dalam office tadi. Umm.. rasa bersalah sangat tadi.
Aku meneguk air liur aku. Dah kenapa tetiba rasa panas ni? Kameja aku buka butang bahagian atas, tak nampak kot sebab bawah tudung. Lega sikit dapat pengudaraan.
Eishh! Aku menggeleng laju. Benda-benda pelik muncul kat otak aku ni. Kepala aku menoleh ke arah member aku tadi.
Aku tersenyum kecil. Melihat gelagat Hidayah yang cuba control ayu depan Harith. Buat aku terhibur. Nak buat camne, Hidayah tu jenis kasar sikit. Sikit-sikit nak jerit. Haih...
"Cik..?"
"Ah! Oh..", tak perasan barisan dah gerak ke hadapan. Terus aku menapak kehadapan.
---------------------------------------------
Tap!
Aku meletak Americano kegemarannya di atas meja.
"Abang, kopi..", pesan aku. Mata aku melirik ke arah Joe yang sedang tidur pada kerusi.
Aku mendekati Joe. Cermin mata nya dah senget aku tanggalkan dan diletak atas meja. Tali lehernya yang longgar separuh jalan aku cuba tanggalkan.
Tap! Lengan aku digenggam oleh tapak tangan Joe yang besar.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...