Rin pov
Kitorang lepak Starbucks sekarang ni. Atas permintaan Sara dengan Amirul, kitorang duduk berasingan. Haih, urgent matter katanya.
"Err... Adriana, sebenarnya...pasal abang Amirul...kitorang ada masalah sikit...", Sara bersuara, tangannya bermain dengan garfu kek yang digunanya.
"Apa dia? Ceritalah...", situasi dah menjadi lain, tadi bergelak tawa jer. Aku menghirup iced latte aku.
"Err...macam ni....awak ingat tak masa kita jemput awak kat airport dulu?", soal Sara.
"Oh...masa kita baru balik study dari UK tu eh? Zaman baru habis belajar...", teringat aku masa tiba di Malaysia. First thing is Sara belanja aku makan. Hehe...
Ouh tak, waktu tu Sara ada dengan...
"Hmm..sebenarnya, kita heartbroken sangat-sangat waktu tu...", sambung Sara.
"Huh? Kenapa? Awak nampak okay jer time jumpa kita kat McD waktu tu..?", aku cuba flashback balik apa yang aku nampak waktu tu.
"Ehehe...actually tak pun...sebab...", Sara gelak fake dan kembali serious. Air mukanya dah berubah.
----------------------------------------------------
Joe pov"Johan...aku sebenarnya ada benda nak share dengan kau ni..."
"Hmm..?", aku menghirup perlahan iced Americano aku, cuaca panas ni memaksa aku untuk minum air batu.
"Cerita ni...serious dah lama...and sampai sekarang aku simpan dari kau...", sambung Amirul lagi. Tangannya tak senang duduk di atas meja.
"Apa dia? Macam parah jer masalah kau ni? Ada kaitan dengan Sara ke?", melihat riak muka Amirul ni macam dah pasrah hidup.
Amirul mengangguk perlahan. Kepalanya menunduk merenung lantai.
"Kau...jangan melenting tau...bila aku cerita nanti....?", Amirul mendengus perlahan sambil menghirup iced lemon tea.
Aku mengangguk perlahan. Tadi baru tumbuk bahu dia sebab seronok sangat sakat aku... Sekarang ni situation jadi lain pulak.
"Kau ingat tak masa aku jumpa kau kat KLIA dulu?", Amirul memulakan ceritanya.
Aku cuba mengingat kembali. Oh! Waktu aku baru balik dari London, terjumpa si Amirul ni dengan...
"Hah, waktu tu actually...."
--------------------------------------------
Rin pov"Kitorang balik dulu~", Sara memeluk erat tubuh aku. Bagai tak mahu dilepaskan.
"Jalan baik-baik... Jangan...gaduh pulak...", bisik aku pada telinga Sara.
Sara meleraikan pelukan. Dia menggeleng perlahan. Matanya sembap baru lepas menangis.
"Anything boleh mesej kita, call or apa-apa jerlah.. Fikir rasional, kita support jer apa keputusan Sara...", aku menepuk lembut bahu Sara. Berat ujian yang dihadapi Sara sebenarnya.
Kitorang berjalan perlahan ke arah kereta BMW milik abang Amirul.
Joe masih lagi bercakap dengan Amirul yang berada di dalam kereta. Muka dua-dua serious semacam, cakap pasal business kot?
"Abang..."
Joe menoleh ke arah muka aku. Aku membuat isyarat nak balik. Lengan Sara digenggam erat oleh aku. Tak pasti aku boleh percaya ke tak dengan diorang berdua ni.
"Nak balik dah ke? Aku...tak habis lagi ni...", Joe dengan nada bersalah dia mengerling ke arah Amirul yang menunduk dalam kereta.
"Sara okay kan?", aku tak menjawab soalan Joe, terus aku memandang Sara.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...