Extended 3

612 30 3
                                    

"Sayang.. Dah sampai..", Joe membuka tali pinggang keledar sambil membetulkan rambut dengan cermin pandang belakang kereta.

"Ah..", aku menjawab sepatah, tapi pandangan masih lagi ke arah dashboard kereta. Kaku.

Aku takde mood. Apa yang disuarakan oleh Hidayah tadi bermain di fikiran aku. Menganggu emosi dan ketenangan jiwa.

Bibir aku sudah lama mengendur, otak aku bersatu meneroka jauh pelbagai benda.

"Ayang..?"

Muncul muka Joe depan muka aku. Terkejut aku dibuatnya, mata aku berkelip laju sambil digosok sebelah.

Mulut aku terkunci.

"Okay tak ni... Ayang diam jer sejak keluar office tadi, ni nak gi makan ni pun diam jer ni, selalu celoteh bercerita... Teringin nk makan macam-macam.. ", Joe mengelus lembut pipi aku. Ahhhh... Asal dia care sangat ni?! I can't!

Makin sebak hati aku dibuatnya.

Tapak tangan yang hinggap di pipi aku, aku letakkan tangan aku atasnya. Menahan air mata dari jatuh.

Arrrggggh! Asal aku sensitif sangat ni! Its a small matter kot?! Small... Matter... Ker...?

"Sini..", Joe menarik aku dalam pelukan. Air mata aku terus mengalir. I really don't deserve this..

"Ayang stress sangat ke? Kalau stres, maafkan abang sebab selalu bagi kerja banyak untuk ayang.."

Aku menggeleng perlahan.

'No...ni bukan salah kau', hati aku berbisik. Aku hanya menyembamkan muka pada bahunya.

"Rin... If you want to talk, talk. If you need some space or privacy time, I'll give you berapa lama yang kau nak, as long you can calm yourself...", Joe meleraikan pelukan, bahu aku digenggam erat. Ditenung muka aku dalam.

Aku menyeka air mata aku perlahan. Aku kena kuat.

"I'll talk, but I need some time...", aku cuba menahan perasaan aku daripada mendominasi aku. Aku mengukir senyuman kecil, terasa lega sikit apabila Joe masih lagi care dengan aku.

"Kalau tu yang ayang mahukan, abang faham. Dah.. Jom, tadi lapar sangat kan... Kejap lagi balik, Maghrib jemaah eh cam biasa..", Joe mencium dahi aku perlahan sebelum membuka pintu kereta dan keluar.

Aku mengangguk perlahan. Dompet aku diselit pada poket blazzer aku sebelum mengikut sekali keluar.

------------------------------------

Diari merah aku ditarik keluar dari rak meja aku. Muka surat kosong dibuka, aku mula menulis entry untuk harini. Meluahkan segala isi hati.

Uhuk.. Air mata aku bertakung sekali lagi. Mengaburkan pandangan aku ketika menulis.

Pandangan aku yang kabur memburukkan tulisan aku di perenggan ketiga. Air mata aku seka.

"Its... My fault, right...?"

Bayangan bahagia muka Hidayah dan Sara melintas di minda aku.

"Rin!"

Ah! Suara Joe memanggil nama aku membantutkan penulisan aku.

Aku meletakkan pen aku, membiarkan diari aku terbuka dan bangun dari kerusi. Menuju ke arah pintu, tombol pintu bilik aku di pulas.

"Ah!!", terkejut aku dibuatnya. Joe betul-betul depan aku. Tadi dengar jeritan dia macam dari ruang tamu.

"Haih, comel nya jeritan dia..", Joe memicit pipi aku perlahan dengan senyumannya membuatkan muka aku berona merah. And... Mana spek dia pergi?!

"Emm... Abang nak apa?", selalunya kalau dia panggil ni, nak mintak tolong buat keje lah tu cam biasa.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now