Rin pov
"Sayang okay tak? ", Joe mengelus pipi aku lembut.
"Hmm...", mata aku kekal pada screen laptop. Semalam dah tertangguh kerja, double lah kerja aku harini.
"Hidayah tak datang ke hari ni? "
" Tak, dia tolong jaga Harith...", jari aku masih lagi menari-nari atas keyboard.
"Family dia tak jaga ke? "
" Hidayah yang nak sangat, siap janji dia takkan datang kerja selagi Harith tak sedar..."
"Yang kau ni, dari semalam dingin jer, makan air batu ke apa? "
Tap! Jari aku berhenti menaip. Kerusi aku dipusingkan arah Joe.
" Kau nampak mata aku ni? ", aku menunjuk mata aku dengan jari telunjuk.
"Tak faham lagi ke feel aku sekarang ni?!", belum sempat Joe menjawab aku dah potong.
Joe mengangguk faham.
"I'll bring you coffee, energize yourself.. "
Joe keluar dari pejabat aku.
Aku bangun dari kerusi dan menapak ke arah cermin yang tergantung di tepi meja aku.
" Teruknya muka aku hari ni... ", aku meraba-raba muka aku. Mata aku sembap sebab tak dapat tido malam tadi. Melayan Hidayah melalui telefon bagi dia tenang, aku pujuk macam-macam tak jalan.
Akhirnya, bila aku tawar nak gantikan tempat dia buat sementara, baru lah tenang sikit emosi dia.
Triple work harini.
"Adriana.. "
Aku menoleh. Aleya rupanya.
" Yes.. "
"Kerja kau harini... Semua kena siap harini. "
"What the... ", weyh, ni semua kerja Hidayah dengan Harith ke?
Tadi aku mintak tolong Aleya check kan kerja diorang. And...
Tak lawaklah weyh! Bertimbun gila semua fail ni. Ya Allah!
" Aku guraulah... Ni, aku nak mintak tolong semak jer... ", Aleya letak kesemua fail yang ada di tangannya di atas meja.
Fuh! Ingat aku tak tido lagi malam ni.
" Aleya... "
" Yes? "
" Kau buat kerja kat sini buat masa ni, teman aku... "
Aleya senyap. Lepas tu tersenyum macam kerang busuk.
"Kenapa tak suruh suami hang jer yang teman..."
Terasa pipi aku panas.. Aduh...
"Hah, blushing! Blushing...dah lah Adriana... Ego kau tu dah tak boleh tolong kau dah... ", Aleya mencuit pipi aku.
" Mana... Mana ada! "
"Sayang, your coffee..", Joe menerpa masuk office aku.
"Awh... Sweetnya... ", bisik Aleya sambil mencuit kuat pipi aku.
Jantung aku buat pasal dah...
" Ehem, kerja. Hal personal jangan sentuh sekarang... ", aku berdehem sambil mengerling Aleya.
" Hihihihi... "
--------------------------------------------------------
Joe povAku duduk di kerusi yang ada dalam bilik Rin. Phone aku dikeluarkan dan dibuka lockscreen.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...