PADA usia remaja sebegini pasti saja kita akan berfikir tentang pelbagai perkara misalnya percintaan dan pelajaran. Tambahan lagi, sekarang aku sudah berusia 17 tahun. Tahun ini akan menduduki SPM. Tapi, aku juga macam gadis lain yang sukakan seorang lelaki...
Aku memusingkan tubuh memandang Affan yang sedang berdiri tak jauh dariku. Dia bermain telefon bimbitnya. Tangan kirinya dililit Stella. Orang kata Stella gadis kesayangan Affan sebab Affan akan mengambil berat terhadapnya. Aku ni pula siapa? Setiap kali bertemu tentu hubungan kami akan menjadi kekok walhal kami sudah berkenalan dari kecil.
Mak ayah kami juga berkawan baik.
"Aynaa Hannani!" Aku mengukirkan senyuman manis tatkala melihat Raifa dan Afwan datang mendekatiku.
Sebenarnya, Raifa Wardina merupakan kakak kepada Afwan Rafiqi. Manakala mereka berdua pula ialah adik kepada lelaki yang aku sukai iaitu Affan Rafisqi. Kenapa mereka usia yang sama? Ya, semestinya mereka kembar tiga.
"Argh, aku rindu kat kau. Cuti tahun lepas tak best langsung. Ayyan asyik mengada dengan aku saja". Adu Raifa sambil memeluk lenganku.
Aku tersenyum memandangnya.
Aduhai, Raifa.
Zayyan Amsyar memang dari tingkatan satu lagi sudah jatuh suka pada Raifa. Egonya habis jatuh tergolek sebaik sahaja bertemu dengan gadis sekasar Raifa. Zayyan kata semua gadis akan melutut di kaki dia. Tapi, Raifa bukan begitu sebab Raifa tak memandang harta.
"Aynaa. Kau rindu aku tak?" Soal Afwan nakal.
"Tak". Balasku bersama - sama sengihan.
Afwan mencebik.
"Sampai hati. Aku punyalah rindukan kau sampai terfikir nak belanja kai makan kat kafeteria hari ni. Tapi, kau sikit pun tak rindukan aku. Dahlah reply mesej aku dengan lambat". Rungut Afwan sambil menyeka air mata palsunya.
Aku tergelak.
Raifa pula menampar kasar kepala Afwan.
"Kau jangan nak mengada - ngada sangat boleh? Aku tumbuk muka kau nanti!" Ugut Raifa garang.
"Aku bagitahu walid kalau kau buat macam itu!" Bidas Afwan berani.
Aku hanya mengendahkan pergaduhan mereka berdua. Sepasang mataku tertumpu pada Affan yang tiba - tiba sahaja mengangkat wajah. Bibirku terlopong sebaik sahaja mata kami bertentangan. Aku lihat dia seakan mahu katakan sesuatu tapi...
"Hai, queen!" Zayyan terus menyapa Raifa sebaik sahaja mendekati kami. Memang Raifa saja akan ada di matanya sebab Zayyan kata dia takkan pandang perempuan lain macam perempuan melainkan Raifa.
"Assalamualaikum, Aynaa". Aku memandang Rayyan yang tersenyum memandangku.
"Waalaikumusalam, Rayyan". Balasku seraya mengukirkan senyuman nipis. Rayyan Syauqi. Sepupu merangkap kawan baik Zayyan. Zayyan anak yatim. Jadi, dia hanya menumpang kasih keluarga Rayyan.
Zayyan dan Rayyan memang sangat rapat dengan Afwan. Namun, mereka begitu anti dengan Affan. Aku sendiri tak pasti apa sebabnya tapi yang aku pasti mereka tentu akan memandang persis singa yang mahu memulakan pertarungan. Sedangkan, Zayyan cintakan Raifa.
"Aynaa, kau nak tahu sesuatu tak?" Soal Rayyan padaku.
Aku mengerut dahi.
"Tentang apa tu?" Tiba - tiba aku berminat dengan soalannya.
"Tentang kau?" Rayyan tersengih segan tatkala melihat wajahku semakin bertambah keliru.
Tentang aku?
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...