DIBU memelukku dengan erat. Babah juga peluk aku. Tak henti mereka berdua memohon maaf padaku membuatkan aku rasa sebak juga.
Pipi babah lebam.
Aku pasti pak long tumbuk babah.
Apa nak jadi dengan keluarga aku ni? Kenapa arwah atuk membesarkan pak long sehingga menjadi ganas begini?
"Sudahlah, Leen. Dhean". Tegur pak long.
Babah dan dibu meleraikan pelukan mereka. Dibu masih lagi teresak.
"Bukan kau orang tak jumpa pun dengan Angel. Aku bawa Angel duduk rumah aku je. Nanti kau orang rindu. Kau orang datanglah ke rumah aku. Dah. Angel, pergi masuk dalam kereta". Aku mengemam bibir.
"Oh, Angel. Sini!" Afwan berlari anak mendekatiku lalu tanganku ditariknya masuk ke dalam kereta. Dia tak tarik aku dengan laju. Afwan cuma pimpin aku saja.
Aku memandang seraut wajahnya.
Afwan membuka pintu kereta bahagian hadapan. Tapi, aku tutup semula.
"Angel? Masuklah".
"Nak duduk belakang dengan kau". Balasku perlahan.
Afwan tersengih suka.
Dedaun pintu kereta bahagian belakang dikuaknya lalu Afwan membantu aku masuk ke dalam kereta. Seusai itu, Afwan juga masuk ke dalam kereta. Aku duduk ditengah antara Afwan dan Hanzel. Tapi aku rapatkan tubuh dengan Afwan.
Afwan mengusap rambutku.
"Abang ada". Balasnya.
"Walid tak kisah ke kau ikut?" Soalku perlahan.
"Hmmm... Walid marah. Tapi, tak apa sebab abang pandai pujuk walid. Walid bagi izin tiga bulan saja macam apa yang pak long Angel beritahu". Terangnya bersama - sama sengihan.
Aku memandangnya.
"Abang ada beli ni untuk Angel sebelum sampai di sini. Abang rasa elok Angel pakai ni". Afwan membawa keluar hud yang berwarna hitam lalu dia berikan padaku.
Aku memandangnya.
"Pakailah".
Aku pakai saja tanpa banyak soal. Afwan membantu aku.
Hud ditarik menutup kepala.
Aku terpana melihat senyuman manisnya.
"Sesuai dengan Angel. Angel lagi cantik kalau pakai bertutup macam ini. Lebih selamat sebab takkan ada sesiapa yang boleh pandang mana - mana anggota yang terdedah".
Aku tersentuh sejujurnya.
Afwan menyentuh kepalaku.
"Abang akan jaga Angel sampai Angel sembuh! Lepas tu nanti abang kena balik sebab abang nak fokus SPM. Abang nak kejar cita - cita abang. Kemudian, abang datang melamar Angel". Ujarnya penuh bersungguh.
"Kalau kau ada perempuan lain macam mana?" Soalku perlahan.
Mustahil tak ada perempuan yang mendekati Afwan. Afwan lelaki periang yang aku kenal.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomansREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...