SEPI ruang bilikku tatkala mereka semua meninggalkan aku sendirian.
Aku nak bersendiri sebab aku sakit hati dengan diri sendiri. Semua bahagian tubuh aku sakit.
Kenapa mesti aku yang kena?
"Budak kecil ni memang tak larat melawan. Tapi, mulut dia berbisa". Bisikkan sinis mereka mula menyapa minda.
"Siapa nak perempuan kotor macam kau, Angel? Tak ada orang nak perempuan yang dah tak suci".
"Apa boleh buat? Budak kecil macam kau ni muda lagi. Memang emph!"
"Arghhh!" Aku menjerit kuat.
Tak guna!
Tak guna!
Aku mencabut IV drip dengan kasar. Barangan di atas katil itu dilemparku. Aku mencapai kasar pen yang ada di atas meja lalu aku tekan kasar pada bahu aku.
Aku jijik!
Setiap saat aku dengar mereka mengejek aku!
Darah menitis.
Dedaun pintu dibuka.
"Ya Allah, Angel!" Tanganku yang memegang pen itu ditahan.
Aku teresak melihat mama yang membaling pen itu jauh dariku. Dia membawa membawa keluar beberapa barangan lalu dia mencuci luka itu.
"Ma-mama". Aku menangis.
"Mari sini mama peluk". Aku terus saja masukkan tubuhku ke dalam pelukan mama. Aku menghamburkan tangisan semahunya.
Mama mengusap lembut belakang tubuhku.
"Angel tak bersalah. Angel tak silap". Bisik mama dengan lembut.
"Sa-sakit mama. Me-mereka seksa Angel. An-Angel tak boleh lari dari mereka. Isk! Mama... An-Angel takut. Ken-kenapa Afwan pergi? Af-Afwan tak mahukan Angel ke?" Soalku bersama - sama esakkan.
Mama meleraikan pelukan.
Air mataku disekanya.
"Bukan Afwan nak tinggalkan Angel. Afwan ada hal sekejap. Nanti Afwan baliklah. Mama datang sini pun sebab mama baru tahu bila Afwan datang ke rumah mama dan mengadu yang Angel..." Mama sendiri sebak nak sebut.
Aku lagi jijik dengan diri sendiri.
"Kenapa mereka tergamak buat Angel macam ni? Ya Allah. Mana perasaan mereka?"
Aku hanya diam.
Lebam.
Seluruh tubuhku hanya lebam. Aku tak mampu nak berjalan sebab sakit. Leher aku saja banyak kesan yang mereka tinggalkan.
"Ba-babah tak pedulikan Angel. Ba-bah... Ba-bah tak pernah izinkan Angel belajar mempertahankan diri. Babah..." Aku teresak.
"Mama ada. Mama pedulikan Angel. Papa pun ada. Kami berdua kisahkan Angel. Angel jangan sedih".
"Tu-tubuh ni, ma. Mer-mereka dah guna. Ap-apa lagi yang ada pada Angel? An-Angel ni tak ada apa". Aku menangis lagi.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...