KAMI berdua berdiri dihadapan Zayyan. Raifa tak habis - habis teresak menangis tatkala Afwan memandang kecewa seraut wajahnya.
Afwan memang jenis menyayangi semua orang. Tapi, dia takkan sesekali percayakan seseorang itu setelah kepercayaan dia dikhianati.
"Ma-maafkan aku, Afwan. A-Aynaa yang cari pasal dengan aku dulu. Aku tak sengaja tolak dia. Tap-tapi, dia yang salah sebab cuba cari gaduh dengan aku". Adu Raifa bersama - sama esakkan.
Afwan merentap kasar tangannya daripada Raifa.
"Aku percayakan kau sebab kau kakak aku. Aku fikirkan kau sayang Aynaa. Rupa - rupanya kau sanggup aniaya dia sama macam kau aniya Luna. Kau ni memang tak guna kan? Aku kecewa betul dengan kau".
Raifa menangis.
Tangan Afwan digenggam.
"Maafkan aku, Afwan. Ak-aku memang tak sengaja. Aku tak sengaja tolak Aynaa". Dia teresak lagi.
Afwan menghela nafas.
Dia melutut dihadapan Raifa yang sedang terduduk.
"Aku bukan kecewa yang itu aje. Kenapa kau tak beritahu aku yang Zayyan dah sentuh kau kalau kau takut nak beritahu walid?" Soal Afwan lagi.
"Afwan..." Zayyan menegur.
"Kau diamlah, sial! Aku benci kau. Kau rosakkan kakak aku! Kau nak sangat dia. Kau ajak dia kahwin dulu. Bukannya kau mengandungkan dia dulu baru kau ajak kahwin! Aku tahu kau nak ikat Raifa supaya ada dengan kau. Tapi ini cara paling sial yang aku pernah tengok!" Jerkah Afwan.
Aku ketawa kecil melihat muka berang Afwan.
Zayyan hilang kata.
"Kau gugurkan budak tu". Arahan mengejut Afwan membuatkan Raifa menangis kuat. Dia menggeleng laju.
"Ja-janganlah paksa aku buat macam tu. In-ini anak aku".
Afwan tersengih sinis.
"Sedih?" Soalnya.
Raifa mengangguk laju.
"Kau fikir tak ini perasaan yang ummi rasa bila kau suruh walid gugurkan Luna? Kau tahu tak ummi tu asyik menangis saja sebab walid asyik desak dia untuk gugurkan Luna? Eh, betina! Kau sedar tak kau ni kakak aku yang paling tak guna! Kau yang merosakkan segalanya". Marah Afwan lagi.
"B-bukan salah aku! Aku tak pernah minta pun ummi mengandung adik perempuan untuk aku! Aku mesti akan terima kalau ummi mengandung adik lelaki!"
"Kau ni memang tak guna!" Afwan menolak kasar tubuh Raifa menjauh darinya.
Raifa teresak lagi.
Aku tahu Afwan sentiasa baik dengan Raifa sebab Afwan hormat kakak dia. Tapi, lepas apa yang Raifa buat pada Aynaa. Aku tak rasa Afwan akan beri muka pada Raifa.
Afwan membuka langkah mendekati Zayyan.
Bak!
Tak ada apa - apa bicara Afwan tumbuk muka Zayyan.
"Af-Afwan!..." Zayyan ludah.
Kuat juga tumbukkan Afwan sehingga berdarah.
"Kau kawan tak guna. Kau memang jahanam!" Jerkah Afwan.
"Af-Afwan sudahlah!" Raifa berusaha menolak Afwan.
Aku menghela nafas.
Takut sangatlah orang pukul suami dia.
"Kau datang sini". Aku tarik rambut dia supaya mengikuti aku masuk ke dalam rumah.
"Sa-sakitlah, Affan!" Dia menjerit sakit.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...