APA yang nak jadi pada hubungan persahabatan mereka ni? Dulu sepatutnya harmoni. Tetapi kini disebabkan sikap dengki dan iri hati persahabatan mulai punah.
Aku rasa sedih sangat melihat mereka bergaduh.
Mujurlah mama tak bermusuhan dengan ummi disebabkan aku. Itupun sebab ummi datang melawat aku dan dia minta maaf pada aku atas perangai Raifa. Lagipun, mama sudah tahu cerita yang sebenar jadi mama takkan menyalahkan ummi.
Tapi, papa dan walid bergaduh. Jenuh juga abi dan dad menenangkan papa dan abah memujuk walid.
Aku rasa hubungan persahabatan mereka sudah berpecah kepada dua pihak hanya kerana Raifa.
Aku menghela nafas.
"Kenapa ni, Aynaa? Sakit ke?" Soal mama risau.
Aku memandang wajah mama.
"Taklah. Aynaa cuma fikirkan tentang papa. Papa tengah marah sekarang. Mereka semua bergaduh. Aynaa rasa serba salah pula". Tukasku dengan jujur.
Mama menggeleng perlahan.
"Aynaa tak salah. Anak mama cuma nak mempertahankan Luna saja. Mama tak sangka pula Raifa sanggup buat macam itu". Tutur mama seraya menekup lembut wajahku. Aku ditatapnya dengan begitu lama.
Mama nak menangis.
"Mama, Aynaa okeylah". Balasku lembut. Memujuk.
"Aynaa okey. Mami tak okey". Tukas mami yang sedang membuka langkah mendekatiku.
Mami memang marah pada walid. Mami kata walid ayah tak guna sebab tak pandai didik anak.
Bukan mami je marah.
Ibu pun marah juga. Aku rasa sekali tendangan ibu mahunya walid tergolek.
Abah pun cuak nak melawan.
Mum?
Mum tak marah sesiapa pun. Dia cuma sedih bila tahu aku masuk ke hospital dan dia kedua yang datang selepas papa dan mama.
Bum!
Dedaun pintu bilik rawatan dihempas kasar.
Nasib baiklah aku dapat bilik khas. Taklah ada pesakit yang terkejut dengan hempasan kuat ibu.
Muka ibu marah.
"Eiiii, geram!" Jeritnya tak puas hati.
"Ke-kenapa ni, Leen?" Soal mum dengan lembut.
"Saya dah tumbuk muka Raf tadi. Saya nak pukul lagi tapi Dhean marah saya! Urgh, dia bela sangat kawan baik dia tu!"
"Awak tak pukul dia?" Soal mami.
"Saya dah pukul. Tapi saya tak puas hati sebab saya yang kena marah! Balik nanti jagalah dia. Saya tendang dia!" Rungut ibu dengan penuh bengang.
Sudah sedia maklum.
Ibu yang paling ganas antara ibu angkat aku.
"Tapi, saya tak sangka Raifa boleh bertindak macam itu. Raifa kan kawan baik Aynaa?" Omel mum.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...