SEBELUM pergi ke rumah mum dan dad, aku membawa Raifa dan Luna makan di sebuah kedai aiskrim kegemaranku. Mujurlah ada cawangan di sini.
Aku memandang Raifa yang sedang gembira menikmati aiskrimnya dan Luna hanya makan tanpa bersuara.
Luna dan Raifa tak rapat pun. Bukan ke sepatutnya kalau ada dua beradik perempuan akan lebih rapat?
Andai aku ada adik perempuan pasti sangat menyeronokkan. Tapi, apa boleh buat. Mama tak mahu tambah dah. Mama kata serik nak beranak Ayyaz sebab sakit.
Papa pun okey je.
"Sedap tak aiskrim tu, Luna?" Soalku.
Luna mengangguk perlahan.
"Kau nak aku belikan aiskrim lagi ke?" Soalku pada Raifa. Selera betul dia makan.
"Nak!" Balasnya pantas.
Aku bangun dari kerusi lalu aku terus membuka langkah bangun meninggalkan mereka berdua seketika.
Aku rasa Luna pun suka aiskrim juga. Aku beli sekali untuk Luna ajelah.
Tak sengaja tubuhku dilanggar.
Aku hampir saja terjatuh tapi pinggangku ditahan membuatkan aku terkedu melihat seraut wajah kacak Affan dekat dengan wajahku.
Kulit wajahku membahang.
Affan tersengih.
Aku terus saja berdiri dengan elok semula.
"Kau buat apa di sini?" Soalku.
"Aku datang nak beli aiskrim. Kau?"
"Samalah". Balasku perlahan.
"Kau nak pergi ke mana selepas ni? Kalau aku nak ikut sekali boleh?" Soal Affan sambil memandangku.
"Nak ikut? Boleh je sebab aku nak bawa Raifa dan Luna pergi rumah mum dan dad". Balasku bersahaja.
"Bolehlah. Janji aku dapat ikut".
Aku tersenyum tatkala mendengar jawapannya.
"Cantik cincin. Siapa bagi?" Soalnya nakal.
"Cantik kan? Bakal suami aku bagi. Pandai betul dia pilih cincin ni sebab sama saiz saja dengan jari aku". Balasku bersama - sama sengihan.
Affan ketawa kecil.
"Ops!" Tanpa sengaja aku terkebelakang tatkala tubuhku ditolak.
Aku memandang Stella yang memeluk lengan Affan dihadapanku.
"Terjatuh ke? Lain kali jangan jadi hodoh sebab aku tak perasan". Kutuknya bersahaja. Stella menyandarkan kepalanya pada bahu Affan.
Apa ni?!
Aku memandang Affan. Tajam.
Affan melopong. Kalut dia meleraikan pelukan Stella tapi Stella mengeratkan pelukannya.
"Jangan menggeletis boleh tak perempuan?!" Marahnya kuat.
Semua orang memandang ke arah kami.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...