SEJUJURNYA, aku dapat rasakan bahawa ada sesuatu masalah yang membelengu mereka bertiga. Tapi, masalah itu masing - masing menguruskan sendiri.
Aku mengemam bibir.
"Jangan pandang Leo dengan muka simpati. Kau cuma berpura - pura saja kau tak tahu apa - apa". Aku mendengar suara Ethan menegurku.
Aku menoleh memandang Ethan yang sedang memandu.
"Leo jenis yang susah sikit. Leo paling tak suka kalau orang bersimpati dengan dia. Dia tak nak orang berkawan dengan dia sebab kesian. Tapi, kami dekat dengan kau dan memilih untuk beritahu kau tentang rahsia Leo sebab Leo percayakan kau. Kau sangat baik, Aynaa".
Pipiku membahang.
Ba-baik? Ak-aku mana baik.
"Ethan, berhentikan kereta di sini je". Kataku.
Ethan terus memarkir kereta dengan berhati - hati.
Keningnya bertaut melihat rumah opah dan atuk.
"Rumah ni..."
"Ethan, aku balik dulu tau. Terima kasih sebab hantar aku balik dan beritahu Ralph terima kasih untuk air susu strawberi ni". Kataku pada Ethan.
Ethan tersenyum.
"Ya, sama - sama. Masuk rumah elok - elok". Pesan Ethan lagi.
Aku mengangguk lantas keluar dari kereta.
Tak sempat aku nak tutup pintu kereta, Ethan menyeru namaku lagi.
"Ada apa?" Soalku keliru.
"Kenapa budak lelaki yang membuli kau di sekoah ada depan pintu rumah kau? Kau nak aku tolong tumbuk dia?"
Aku tersengih lalu menggeleng.
"Jangan sebab Affan tu kawan aku. Dia memang tinggal di rumah aku. Janganlah risau. Bye, Ethan". Ucapku lagi seraya menutup dedaun pintu.
Aku mengundurkan langkah sambil melambai Ethan yang masih di dalam kereta.
Ethan memandangku seraya dia mengukirkan senyuman nipis.
Kereta Ethan terus meluncur pergi dari situ. Kemudian, aku membuka langkah masuk ke dalam pekarangan rumah opah.
"Balik pula dengan jantan tu. Kenapa kau suka sangat berkepit dengan jantan eh?" Soal Affan kasar.
Aku menghela nafas.
"Affan, aku bukannya buat apa - apa pun. Aku cuma temankan Leo je kat rumah dia. Lagipun, mereka melayan aku dengan sangat baik". Balasku.
Affan ketawa sinis.
"Kau memang mudah dipergunakan. Perempuan bodoh".
Bak!
Senduk kayu menghinggap belakang tubuh Affan.
"Auch!"
"Opah kata apa? Pergi sambut Aynaa balik. Bukannya buat Aynaa sakit hati!" Marah opah bersama - sama muka garang.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...