SEMALAM, kami sudah tiba di rumah opah. Layanan opah dan atuk masih mesra sama seperti dulu tetapi opah tegas dengan Affan dan Affan tiada pilihan selain daripada akur dengan setiap arahan opah.
Hari ini aku akan ke sekolah bersama - samanya. Tapi untuk keselamatan Abang Aden yang menghantar kami berdua ke sekolah.
Kelas aku dan Affan masih lagi berbeza.
Affan masih kelas sains tulen manakala aku pula akauntan. Mungkin agak menyeksakan kerana aku tak boleh belajar bersama - sama Afwan, Raifa serta Zayyan. Apa boleh dibuat? Tanggung sajalah...
"Woi!"
Lamunan aku mati apabila aku mendengar suara Affan menegurku dengan begitu kasar.
Aku mengangkat wajah memandangnya.
"Abang Aden dah selesai berbincang dengan pengetua. Jomlah ikut pergi kelas. Mengada - ngada nak kena ajak pula". Rungutnya.
Oh...
Aku terus bangkit.
"Terima kasih". Ucapku seraya tertunduk sedikit dihadapan seorang guru.
Guru itu tersenyum.
Aku terus saja keluar mengikuti langkah Affan dan Abang Aden. Kami diiringi oleh pengetua.
Cantiknya sekolah ni.
"Aynaa..." Abang Aden menarik lenganku.
Aku mendongak memandang Abang Aden.
"Belajar rajin - rajin. Abang Aden nak kena balik dulu. Nak pergi membantu opah dan atuk berkebun. Aynaa jaga diri tau. Jangan dekat sangat dengan Affan". Pesan Abang Aden dengan lembut.
"Baik".
Affan mencebik.
Abang Aden menoleh memandang Affan pula.
"Kau jangan berani nak buat bukan - bukan pada Aynaa. Kalau tak..." Abang Aden tayang muka garang.
"Ya, Affan tahu". Balasnya perlahan.
Abang Aden tersengih.
"Pengetua, saya serahkan mereka berdua pada pengetua. Saya balik dulu". Pamit Abang Aden seraya bersalaman dengan pengetua.
Pengetua mengukirkan senyuman manis.
"Aynaa, Affan. Mari". Gamitnya seraya kembali meneruskan langkah menuju ke kelas kami.
Affan telah dihantar masuk ke dalam kelas.
Kini, giliran aku pula yang dihantar ke kelas.
Pengetua mengetuk pintu kelas.
Automatik guru yang sedang mengajar dan juga pelajar - pelajar itu memandang ke arah pengetua.
"Maaf, cikgu. Ada pelajar baru".
Aku mula mendengar bisikan teruja pelajar di dalam kelas itu seperti mana bisikan teruja sewaktu Affan masuk ke dalam kelas barunya.
"Silakan, pengetua".
Pengetua memandangku.
"Masuklah, Aynaa".
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
Storie d'amoreREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...