"AFFAN!" Aku mengangkat wajah apabila mendengar jerkahan walid. Ummi mengikuti jejak walid. Mereka berdua berdiri dihadapanku.
"Ada apa?" Soalku keliru.
"Ada apa kamu kata?!"
"Husband, jangan jadi begini". Tegur ummi dengan lembut.
"Disebabkan husband tak jadi begini semasa dia kecil dulu perangai dia sudah naik lemak! Wifey tak sedar lagi ke yang Ayeen dah marah kita?" Soal walid.
Ummi terdiam.
Aku mengerut dahi.
Mama mengadu pada ummi dan walid? Wah, patutlah Aynaa kaki mengadu. Ikut perangai mama rupa - rupanya.
Mak dan anak dua - dua sama saja. Manja!
"Apa maksud walid ni? Kenapa mama nak marah walid dan ummi?" Soalku.
Walid ketawa sinis.
"Betul. Kenapa Ayeen nak marah kami sedangkan yang bersalah tu kamu?" Bidas walid penuh sarkastik.
Aku diam.
"Ini..."
"Assalamualaikum, Raf. Aku tak kisah kalau anak kau nak kutuk aku. Aku tak kisah kalau anak kau nak hina aku. Tapi, aku sangat peduli dan aku sangat marah kalau anak kau hina anak aku. Maruah anak aku bukan serendah itu sehinggakan Affan boleh injak sesuka hati. Kalau Affan berterusan begini aku takkan maafkan dia dan kalau kau dan Widya tak ajar cara untuk mendidik dia... Aku minta maaf. Aku takkan benarkan anak - anak kau mendekati Aynaa lagi". Rakaman suara mama terhenti disitu.
"Sial". Gumamku perlahan.
Pang!
Terleleng wajahku dek ditampar walid. Mukanya amat berang dan wajahnya kemerahan.
Apa?
"Tergamak kau gelarkan perempuan yang dah jaga kau masa kau kecil tu sial? Eh, Affan. Mama kau tu dia sayang kau macam dia sayang Aynaa tahu tak? Perempuan yang kau panggil sial tu perempuan yang aku jaga masa dia sekolah menengah. Perempuan tu dah macam adik aku! Kau panggil dia sial?" Jerkah walid.
"Salah ke apa yang Affan cakap? Perempuan tu sama saja macam Aynaa. Padanlah Aynaa tu tak pandai jaga diri. Rupa - rupanya dia ikut perangai mama. Pelacur. Menggatal. Entah - entah habis semua lelaki dia go-"
Pang!
Terleleng wajahku dikala ditampar walid sekali lagi.
Tatkala walid ingin menamparku lagi, ummi lekas saja menahan.
"Mama kau tak pernah hina sampai macam itu. Kalau kau nak tahu dia tu satu - satunya perempuan yang tak suka berharap dengan orang lain. Mama kau tu dia sentiasa berusaha untuk buat orang lain gembira. Dia juga akan menangis kalau antara kami yang terluka. Dia juga yang tolong aku berkenalan dengan ummi kau..."
Aku diam.
Walid mula menangis dihadapanku. Dihadapan ummi.
"Kenapa kau buat macam ini, Affan? Kau tahu tak apa yang kau dah buat? Perbuatan kau ni boleh menghancurkan hubungan persahabatan kami. Rash tentu akan bencikan aku..."
![](https://img.wattpad.com/cover/226227543-288-k327866.jpg)
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
Любовные романыREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...