"AKU rindu Aynaa". Raifa merengek sambil merebahkan kepalanya pada bahu aku.
Heh.
Dia rindu Aynaa atau rindu Zayyan? Hari ni boyfriend dia tak datang ke sekolah sebab temankan Rayyan di rumah. Rayyan tiba - tiba saja pengsan semalam. Jadi, Zayyan jaga dia.
Sepupu kesayangan dia tu.
"Apa yang Aynaa buat agaknya?" Soal Raifa lagi.
"Mana aku tahu. Kenapa kau tak chat dia?" Soalku.
"Kau boleh chat dia ke?" Eh, dia tanya aku pula.
"Tak boleh". Balasku perlahan.
Walid tak bagi kami berdua chat Aynaa atau Affan. Walid cuma suruh kami terus belajar tanpa memikirkan Aynaa. Tapi, aku rindukan Aynaa.
Dia kawan aku dari kecil kut.
"Assalamualaikum!" Pandangan aku dan Raifa beralih pada abah, Rizq dan Angel yang datang.
"Waalaikumusalam. Abah!" Raifa terus saja berlari mendapatkan abah. Tubuh abah dipeluknya erat membuatkan aku mencebik.
Abah je Raifa sayang lebih. Ayah angkat kami yang lain mana ada dia manja sampai macam ni.
"Ey, hai baby Rizq". Sapa Raifa bersama - sama senyuman manis.
Telinga Rizq nampak memerah. Aku salah pandang atau memang muka Rizq nampak segan dengan kakak aku tu?
Takkan Rizq suka kakak kembar aku yang ganas macam gorila ni?
"Abah". Aku bangun lalu aku menyalam tangan abah.
Serius aku tak sangka abah akan datang ke sini.
"Afwan..." Abah tepuk bahuku.
Aku memandang abah dengan muka yang tidak mengerti. Kenapa dengan pandangan abah yang tampak berharap tu?
"Boleh Afwan buat sesuatu untuk abah?" Soalnya.
Aku mengerut dahi.
"Apa yang Afwan boleh buat untuk abah?"
"Afwan dah ada girlfriend?"
Huh?!
"Tak ada!" Balasku laju.
Aku cuma suka Aynaa. Tapi nampaknya Aynaa dah reject aku. Tak ada guna pun kalau aku paksa dia. Lagipun, aku ni bukan suka memaksa sangat.
Abah tersenyum.
"Baguslah". Katanya.
"Eh, Rian?" Ummi keluar dari rumah dengan bertudung. Aku tahu Raifa pergi panggil ummi sebab abah datang.
Walid tak ada sebab walid pergi rumah papa. Mesti walid nak pujuk mama sebab mama masih merajuk.
"Ah, Widya. Aku datang sini sebab nak berbincang dengan kau dan Raf. Raf ada?" Soal abah.
"Raf? Dia pergi rumah Rash. Kau masuklah dulu. Rizq, Angel. Marilah masuk". Gamit ummi dengan lembut.
Angel hanya menayangkan muka masam seraya membuka langkah masuk.
Dia ni selalu buat muka masam.
Aku hanya mengikuti Raifa tatkala kakak kembarku itu menarik lenganku untuk masuk ke dalam rumah.
Berbincang tentang apa pula ni?
Kenapa aku rasa sangat - sangat berdebar?
Ah, redah sajalah.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...