PEREMPUAN mana aje yang boleh fokus untuk belajar jika ada tiga orang lelaki kacak merenung dengan begitu lama?
Aku menutup pen lalu aku memandang Ethan yang duduk di sebelah kiri dan juga Leo yang duduk di sebelah kananku. Kemudian, aku memandang Ralph.
"Kenapa kau orang bertiga pandang aku macam tu?" Soalku perlahan.
Dahlah bila aku pilih untuk duduk di dalam bilik matematik yang digabung empat meja. Mereka juga memilih untuk duduk denganku. Bukan mereka tak nampak ada orang duduk dengan aku. Boleh pula mereka menghalau.
"Okey, class. Kita rehat 10 minit". Ujar guru subjek matematik lalu dia menuju ke arah meja untuk meneguk air.
"Apa hubungan kau dengan mamat yang buli kau masa di kantin tu?" Soal Ethan dengan cerlungan yang cukup tajam.
Ralph juga merenungku.
Leo tak juga ketinggalkan. Tiada wajah cerianya hari ni.
Mereka ni menakutkan aku.
Aku terus bangun tapi Ethan kembali menarik lengan bajuku sehingga aku kembali duduk.
Gulp!
"Siapa lelaki tu?" Soal Ethan lagi.
"Ethan, janganlah buat perangai. Semua orang tengoklah". Tegurku dengan lembut.
Kenapa mereka memberontak pula hari ni?
"Kau fikir kami nak biar? Jangan berangan nak lari selagi kau tak bagi kami jawapan yang kami mahukan". Bidas Leo garang.
Ey, mana Leo yang manja sekarang ni?
Aku dah seram.
"Jaw-jawapan macam mana yang kau orang nak?" Soalku perlahan.
Mood mereka hari ini nampak macam tak elok saja.
"Jawapan macam lelaki tu bagi". Tokok Ralph pula.
Darahku berderau.
Jawapan apa pula yang Affan bagi pada mereka bertiga ni? Aku merenung mereka bertiga dengan wajah bingung.
"Lelaki tu bagi jawapan apa?" Soalku perlahan.
"You loves him. Don't you?" Soal Ethan membuatkan aku terdiam.
Affan...
Apa yang kau buat sebenarnya ni?
Aku menggaru pipi sambil memandang ketiga - tiga Charming itu. Tak sebenarnya sekarang ni aku nak beri jawapan apa pada mereka bertiga?
Ethan menghela nafas.
"I see. Kita dah ada jawapan". Ujar Ethan seraya bangkit.
Ralph juga bangun bersama - sama muka beku.
"Kami nak keluar". Tutur Ethan pada guru matematik. Tak sempat guru matematik hendak menjawab mereka sudah keluar dari bilik matematik itu.
Aku memandang Leo yang memeluk tubuh disebelahku.
"Leo..."
"Don't talk to me. Hmph". Jawapan Leo membuatkan aku melopong.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...