"LUNA!"
Lenaku terganggu apabila aku mendengar suara jerkahan walid.
Kenapa setiap kali aku pulang aku perlu mendengar suara amukan walid? Afwan. Kenapa kau pergi setuju dengan ayah saudara Angel tu? Aduh...
Aku terus saja bangun dari pembaringan lantas aku melangkah keluar dari bilik. Aku nampak Luna yang sedang menangis teresak - esak dihadapan walid.
"Apa ni, walid?" Tegurku.
"Budak ni. Asyik membuas saja! Pecahkan pasu. Sepahkan rumah. Aqhar pun tak ada perangai macam ini!"
"Walid, Luna cuma nak main saja..."
"Main - main juga. Tapi janganlah sampai tak ada disiplin. Kenapa Luna tak boleh jadi macam kakak tu? Cuba contohi Raifa. Ini tak ikut sangat perangai tak elok!" Jerkah walid lagi.
"Dahlah walid".
Walid mencebik lantas dia berlalu meninggalkan kami berdua. Aku nampak Raifa menegur walid. Manja betul adik kembar aku tu.
Walid senyum.
Aku membuka langkah mendekati Luna.
"Luna..." Tegurku lembut.
Luna menangis.
Aku memegang lengannya tapi dia menepis lengan aku.
"Luna, walid tegur Luna saja. Luna janganlah ambil hati. Luna-"
"Luna nak Abang Afwan. L-Luna tak suka semua orang. Luna rindu Abang Afwan". Adunya bersama - sama tangisan.
"Jangan layan dia, Affan. Mengada. Ummi kamu manjakan sangat dia. Itu yang perangai jadi macam tu". Tutur walid sambil menjeling Luna.
"Luna benci walid!" Jerit Luna geram lantas dia berlari masuk ke dalam bilik.
Ini ialah kebiasaan.
Memang Luna akan dimarahi setiap hari dan dia takkan keluar sampai Afwan yang memujuk dia. Luna tak pernah rapat dengan sesiapa melainkan Afwan dan ummi. Musuh utama Luna pula Raifa.
"Luna..." Aku ketuk pintu bilik.
"Affan". Aku memandang wajah Raifa yang datang mendekatiku.
"Apa?"
"Kau tak payahlah kacau Luna. Biarlah dia merajuk dulu. Nanti ummi datang pujuk dia eloklah balik". Tuturnya.
"Kau ni. Jangan dengki sangat dengan Luna. Dia kecil lagi. Kau tu satu - satunya kakak yang dia ada. Tapi kau tak nak berkawan pun dengan dia. Kau takut kan kalau kasih sayang walid tu pergi pada Luna?"
"Jangan merepeklah. Kau tu kata nak pergi rawatan. Dah ready ke?" Soal Raifa.
Tukar topik.
"Aku dah sedia. Aku tengah tunggu ummi. Tapi, nampaknya ummi mesti tertidur semasa tengah peluk Aqhar". Balasku.
Aku tahu ummi tentu akan keluar kalau dia dengar walid marah Luna sebab ummi akan mempertahankan Luna.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
Roman d'amourREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...