His name is Reiss Wildan.
ALBINO membuatkan dia dipandang jelik oleh adik beradiknya sendiri malahan juga dia begitu dibenci oleh mummy sendiri.
Mujur saja daddy sentiasa ada bersama - sama dia tetapi itu pun tidak mampu memberikan dia kegembiraan.
Adik beradiknya sentiasa mengejeknya. Malahan mengutuknya sebagai seorang abang yang cacat.
Pernahkah dia minta untuk lahir begini?
Tidak.
Dia tak mahu bertutur kerana dia takut apa yang dia bicarakan bakal mengundang amarah mummy. Cukuplah hanya disebabkan seraut wajahnya saja mummy sudah mengamuk.
"Hey..." Reiss mengangkat wajah memandang seorang gadis yang kelihatan muda sepuluh tahun berbanding mummy dan daddynya.
"Nama kakak, Nur Ajlaa. Awak boleh panggil kakak- Kak Ajlaa. Kenapa awak jalan seorang? Awak ada masalah ke?" Soal gadis yang bernama Ajlaa itu.
Dia tunduk memandang Reiss.
Reiss hanya diam saja.
Ajlaa menunduk sedikit memerhatikan Reiss.
"Comel. Awak sesat ya? Awak nak kakak tolong ke?" Soal Ajlaa lagi.
Reiss diam.
Dia keliru hendak memberikan reaksi.
"Ajlaa!"
Gadis yang bernama Ajlaa itu menoleh memandang seorang lelaki yang datang mendekatinya bersama - sama seorang budak perempuan.
"Kak Ajlaa!" Sapanya ceria.
"Hello, Anais. Kenapa bawa Abang Ralph datang sini?" Soal Ajlaa hairan.
"Abang Ralph risau Kak Ajlaa masih belum pulang. Eh? Ini siapa?" Tegur si kecil Anais.
"Tak tahu. Kakak jumpa saja. Dia tak mahu bercakap pun dengan kakak". Balas Ajlaa perlahan.
"Ini Reiss. Anak kawan aku". Bicara Ralph mencuri minat Ajlaa.
"Kau kenal ke? Boleh kut bawa dia balik?"
"Tak naklah. Kita bawa saja dia balik ke rumah kau. Nanti aku panggilkan daddy dia". Cadang Ralph.
"Uuu Anais ada kawanlah kan?" Tukas Anais ceria.
"Gatal eh? Jentik hidung baru tahu!" Omel Ralph.
Anais mencebik.
"Abang Ralph suka ganas - ganas dengan Anais. Hmph! Tak suka". Tukas Anais tak puas hati.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...