SAKIT kepala aku dibuatnya apabila teringatkan kerenah mereka bertiga. Sudahnya, aku membuat keputusan untuk membantu ketiga - tiganya.
Aku taklah tamak hendak mengaut hati ketiga - tiganya. Tapi, aku cumalah mahu membantu mereka sebagai seorang kawan baik.
"Abang Aden?" Tegurku apabila aku melihat Abang Aden sedang membuka pintu bilik opah dan atuk. Aku juga masuk ke dalam bilik itu.
Atuk tengah menangis. Wajahnya disembabkan pada ribaan opah. Opah pula mengusap lembut rambut atuk.
Aku rasa sayu melihat atuk berkelakuan begitu.
"Atuk. Atuk masih belum makan lagi. Jomlah makan dulu". Gamit Abang Aden lembut.
Aku memandang Abang Aden yang membuka langkah mendekati atuk. Aku faham kenapa Abang Aden nak sangat tinggal di sini. Abang Aden betul - betul menjaga kedua - duanya dengan baik sekali.
"Tak nak. Selagi singa atuk tak sihat... Atuk takkan makan". Balas atuk perlahan.
"Atuk janganlah macam ni. Nanti opah pula susah hati kalau atuk sakit". Pujuk Abang Aden lagi.
"Tak nak!" Bentak atuk.
"Abang..." Atuk memandang opah.
Opah menyeka lembut air mata atuk. Rambut atuk diusap opah dengan penuh kasih sayang.
"Abang suami yang baik kan? Pergi makan dengan Aden. Nanti abang sakit. Sayang risau..." Pujuk opah dengan lembut.
"Tak nak. Abang tak nak tinggalkan sayang". Balas atuk bersama - sama tangisan.
Aku sebak.
"Sayang mana ada tinggalkan abang. Sayang tunggu abang di sini. Abang pergi makan dulu".
"Janji. Sayang janji jangan tinggalkan abang?" Pinta atuk dengan wajah merayu.
Opah cium dahi atuk.
"Sayang janji". Balas opah lembut.
Atuk peluk pinggang opah dan dia menangis lagi. Opah mengusap lembut rambut atuk.
"Suami sayang ni baik kan. Selalu senangkan hati orang. Dengar cakap Aden. Kesian cucu kita". Pujuk opah lagi.
Abang Aden menarik lembut lengan atuk. Kali ini atuk tak melawan macam tadi.
"Kita makan dulu tau, atuk. Nanti baru atuk boleh temankan opah". Pujuk Abang Aden seraya membawa atuk keluar dari bilik.
Aku tutup pintu lalu aku membuka langkah mendekati opah.
Aku melabuhkan punggung di sebelah opah. Opah terus saja menarik tubuh aku supaya kepala aku bersandar pada dadanya.
"Opah sakit apa? Kenapa atuk menangis?" Soalku ingin tahu.
"Atuk kamu memang suka menangis kalau opah sakit. Dia tu jarang sakit. Opah yang senang sakit. Lagipun, opah bukan sakit teruk pun opah rasa tak sihat je". Balas opah seraya mengusap lembut rambut aku.
"Aynaa pun takut kalau opah sakit". Balasku perlahan.
Aku pasti bukan aku aje yang takut. Pak long, pak ngah dan mama pun akan jadi begitu.
Opah ketawa kecil.
"Sakit tu kan penghapus dosa? Lagipun, opah dah tua. Bila - bila je opah akan pergi..."
"Opah, janganlah cakap macam tu. Aynaa tak suka". Balasku.
"Alolo cucu opah yang cantik ni. Nanti Aynaa dah besar pun Aynaa kena berpisah dengan opah juga. Opah ni dah tua. Atuk pun dah tua". Opah tersenyum.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...