NICK Leo...
"You tak pernah sekali pun faham perasaan I! You workaholic dan you selalu habiskan masa di luar dengan kerja you berbanding dengan I dan Leo!"
Bagi seorang kanak - kanak yang berusia tujuh tahun. Sudah cukup untuk aku memahami masalah keluarga sebegini dan hampir saban malam mummy dan daddy bergaduh tentang topik yang sama.
"You tu apa kurangnya? Pergi menjalang dengan jantan lain semasa I pergi kerja. You ingat I tak tahu ke yang you tu tinggalkan Leo seorang di rumah?!"
"Diamlah! Semua ni salah you. I menyesal berkahwin dengan you! I menyesal sebab melahirkan Leo!"
Ayat itu membuatkan hatiku sangat - sangat hancur.
Aku menangis sendirian di dalam bilik.
Mummy menyesal melahirkan aku. Jadi, kenapa dia membesarkan aku kalau dia sakit hati dengan daddy?
"Amanda! Tergamak you kata macam itu?!" Jerkah daddy.
"Tuan besar, Puan besar. Sila bertenang". Suara ketua pembantu rumah mula kedengaran.
Ah, aku tertekan dengan keadaan sebegini.
Bila mereka mahu berbaik kembali? Sampai bila aku perlu menanggung seksanya?
"You diam. I dah tak tahan nak hidup dengan lelaki tak guna macam tuan besar you ni!" Jerit mummy.
Pang!
Aku dengar bunyi tamparan.
Aku tak pasti sama ada mummy atau daddy yang ditampar. Aku tak nak tahu.
Aku tak mahu peduli.
Dedaun pintu bilikku dikuak dari luar.
"Leo..." Aku dengar suara mummy menyeruku bersama - sama tangisan. Mummy memeluk erat tubuhku yang disangkakan aku sedang tidur.
Leo minta maaf, mummy.
Maafkan Leo sebab Leo lahir dan membuatkan mummy menyesal hidup dengan daddy. Maafkan Leo sebab menjadi anak mummy.
Tapi, Leo tak pernah menyesal sebab Leo tetap sayangkan mummy.
"Mummy sayang Leo". Ujar mummy bersama - sama tangisan sayu.
"Mu-mummy dah bercerai dengan daddy. Macam mana mummy beritahu Leo esok? Leo jangan benci mummy..." Rayuan mummy membuatkan hatiku rasa berat dan dada rasa sesak.
Air mataku gugur juga akhirnya.
Ber-bercerai bermakna mereka berpisah kan? Mummy dan daddy akan tinggal berasingan...
Aku?
Apa yang akan terjadi pada aku kelak?
Kenapa mereka berdua membuat keputusan tanpa memikirkan aku dulu? Kenapa mereka buat aku macam ini? Adakah mereka lupa bahawa aku ini hanya satu - satunya keturunan yang mereka ada?
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...