SAMA seperti yang dijanjikan, aku bersiap ala - ala kadar untuk bertemu Affan. Petang ini, aku hanya mengenakan bawal merah jambu bersama - sama blouse cream.
Seusai itu, aku membuka langkah keluar dari bilikku.
Chup!
Terkejut aku tatkala aku terasa pipi kananku dicium. Aku menoleh memandang mama yang sudah tersengih comel padaku.
"Mama..."
"Cantiknya anak mama. Aynaa nak pergi mana petang - petang ni? Papa dah keluar lah sayang", Tegur mama dengan lembut. Aku tersenyum memerhatikan mama yang sedang membetulkan awning tudungku.
"Eyyy, comelnya!" Pipiku dicubit geram.
Aku tersengih saja.
"Aynaa nak keluar sekejap. Aynaa dah janji dengan Affan". Kata - kataku membuatkan senyuman mama memudar.
"Affan? Aynaa nak mama temankan ke?" Soal mama prihatin.
Aku menggeleng perlahan.
"Mama janganlah risau. Affan takkan buat jahat pada Aynaa. Lagipun, Affan kan kenal dengan papa dan mama. Takkan dia tergamak nak buat begitu kan? Aynaa janji Aynaa pergi sekejap saja".
"Tapi Aynaa...'
Aku mencium kedua - dua pipi mama.
Sepasang mata mama memandang resah seraut wajahku.
Mama ni. Aku tersenyum girang sangat pun dia susah hati. Aku menangis lagilah dia yang menangis.
"Aynaa pergi dulu. Assalamualaikum, mama". Pamitku lantas aku membuka langkah keluar dari rumah kami. Aku nampak Affan sudah berada diluar kereta. Aku pasti dia sedang menungguku.
"Affan". Seruku.
Affan yang sedang bermain telefon bimbit mengangkat wajah memandangku.
"Aynaa", Seraut wajahnya nampak terkedu.
"Masuklah", Gamitnya dengan lembut sambil membuka dedaun pintu kereta untukku. Aku hanya akur dengan permintaannya. Sebaik sahaja aku masuk dedaun pintuku ditutup rapat lantas Affan meloloskan diri ke dalam perut kereta dibahagian pemandu pula.
Affan memandangku sekilas.
"Apa?" Soalku sambil memandangnya yang tersengih - sengih.
"Kau nampak sangat cantik hari ni", Pujiannya membuatkan aku tersenyum saja. Jarang aku dapat keluar berdua dengan Affan.
Affan memulakan pemanduannya.
"Tadi, Afwan bawa kau pergi ke mana lepas balik sekolah? Aku cari kau tak junpa pun". Soal Affan sambil memandangku sekilas. Sebelum dia fokus memandang ke arah jalan raya.
"Afwan bawa aku pergi rumah Rayyan. Tapi, Raifa dan Zayyan pun ada kat sana juga. Kami cuma berbual sambil makan manisan". Terangku dengan tenang.
Affan diam.
Aku mengerling wajahnya yang kelihatan masam.
Kenapa mood seorang Affan Rafisqi begitu cepat berubah jika melibatkan seorang Rayyan Syauqi?
+++
CHOCO LATTE CAFÉ.
Aku agak pelik tatkala Affan membawaku datang ke kafe ini. Setahu aku Affan bukanlah penggemar manisan. Tetapi, kenapa dia membawa aku datang ke kafe yang menghidangkan menu berunsurkan manisan.
Aku hanya diam memerhatikan Affan memesan menu untukku. Tahu sangat dia tak suka aku tak mematuhi pilihannya. Bagi Affan apa minatnya ialah minatku juga.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...