"MAKAN! Yeay, makan!" Ayana menyanyi dengan gembiranya. Ayyim hanya menyuakan biskut kepada adiknya supaya Ayana diam.
Sungguh Ayana sangat bising sehingga memeningkan kepalanya.
Affan mengerling anak gadisnya.
"Kenapa muka abang resah sangat ni?" Soal Aynaa hairan.
"Ralph ni tak penat ke nak belanja kita makan? Dia betul - betul bersungguh nampaknya nak jadi menantu kita. Boleh ke dia tahan dengan perangai Ayana tu? Bising sungguh". Omel Affan.
Aynaa ketawa kecil.
"Kalau abang nak tahu. Ayana tu keluar je dengan Ralph dia akan jadi good girl tau". Cerita Aynaa.
"Ayana memang pilih kasih kan? Mentang - mentanglah Ralph suka bawa dia keluar makan. Dia boleh ketepikan abang". Rungut Affan tak puas hati.
"Pilih kasih?" Celah Ayana.
"Papa suruh Ayana pilih kasih ke mama? Pilih kasih tu apa?" Soal Ayana bingung.
"Pilih kasih tu biskut". Balas Ayyim seraya menghulurkan biskut pada Ayana.
"Biskut! Yeay, Ayana nak pilih kasih dengan Uncle Ralph! Uncle Ralph suka belikan Ayana makanan!" Ujar Ayana bersama jeritan teruja.
Aynaa ketawa kecil.
Affan rasa nak hantuk saja kepalanya pada stereng kereta.
Dia nikahkan jugak Ayana ni dengan Ralph nanti.
Ayyim menjamah biskut.
Seusai tiba di destinasi...
Affan matikan enjin kereta.
"Aynaa, tengok tu dia datang. Bakal menantu". Affan rasa nak tergelak bila dia kata macam itu.
Mahu ke Ayana berkahwin dengan Ralph kelak?
"Bakal menantu?" Ayana menyoal bingung.
"Mesti papa beritahu yang Uncle Ralph nak beli coklat untuk Ayana. Itu yang papa panggil Uncle Ralph bakal menantu". Tukas Ayyim dengan penuh keyakinan.
Ketawa Aynaa meletus.
Tak berhenti dia gelak semenjak dia mengandung anak ketiga ini kenaifan Ayyim dan kecomelan Ayana membuatkan hari - harinya bahagia.
Affan meraup wajahnya.
Nasib papalah, wahai anakku.
"Jom keluar". Gamit Affan seraya keluar dari kereta. Affan membuka pintu untuk Aynaa lalu dia membantu isterinya bangun.
Ayyim juga keluar dari kereta.
"Uncle Ralph!" Ayana melompat teruja ke arah dakapan Ralph sebaik saja dia melihat lelaki itu menunggu di luar kereta.
Ralph tergelak suka.
Ayana sangat comel.
"Uncle Ralph, Ayana nak makan aiskrim, biskut dan coklat. Boleh Uncle Ralph belanja Ayana? Plishhhh..." Mata dikerdip manja pada Ralph.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...