SEUSAI menunaikan solat zohor, aku terus merebahkan tubuh di atas katil. Bicara Affan ketika di sekolah tadi masih lagi terngiang - ngiang di halwa telingaku.
Apa sebenarnya yang aku dah lakukan sehingga Affan kelihatan begitu takut?
Perhatianku tiba - tiba sahaja teralih tatkala aku mendengar bunyi ketukan pintu.
"Masuklah", Ujarku.
Pintu bilikku dikuak dari luar. Mama mula menapak masuk ke dalam bilik dan kemudiannya mama melabuhkan punggung dibirai katil sebaik sahaja menutup dedaun pintu bilikku.
Rambutku diusapnya dengan lembut.
"Kenapa muka Aynaa mendung? Ada sesuatu yang tak baik berlaku ke? Mama dengar Raifa kata yang hari ni Aynaa mengemas dengan Afwan, Rayyan dan Affan. Semuanya baik - baik saja?" Soal mama risau. Pipiku pula yang diusapnya.
Aku mengukirkan senyuman manis.
Tangan mama yang mengusap pipiku disentuh lembut.
"Semuanya baik - baik saja mama. Hari ni Aynaa tak sakit hati dengan Affan pun. Affan menolak Stella sebab Affan nak mengemas dengan Aynaa. Salah tak kalau Aynaa gembira sebab itu?"
Mama menggeleng.
"Mama minta maaf", Tanganku digenggam mama.
Aku mengerutkan dahi memandang seraut wajah mama. Bening mata mama mulai basah menandakan mama sudah menangis.
"Kenapa mama minta maaf? Mama tak buat apa - apa dosa pada Aynaa pun". Balasku lembut.
"Mama cuai", Balas mama seraya teresak kecil.
Aku keliru.
Mama nampak terlalu terluka seakan - akan kesilapan yang dia lakukan itu adalah terlalu besar untuk aku memaafkan. Namun, sebesar mana pun kesalahan mama akan aku maafkan dengan hati yang terbuka.
"Jangan menangis mama". Pujukku lembut.
Tubuhnya dipelukku. Mama terus sahaja membalas pelukanku.
"Mama sayangkan Aynaa sangat - sangat". Bisik mama lembut.
"Aynaa pun sayangkan mama juga". Balasku dengan lembut.
Dedaun pintu bilikku diketuk lalu dikuak perlahan - lahan. Papa menjengulkan kepala melihat kami berdua.
Papa terus melangkah masuk ke dalam bilikku apabila papa melihat mama menangis.
"Kenapa love menangis? Love..." Papa menarik lembut tangan mama supaya berdiri. Air mata mama disekanya dengan lembut.
"Aynaa". Mama teresak seperti tadi.
Air muka papa juga berubah apabila mendengar mama kata begitu.
Papa memandangku lalu dia menghela nafas.
"Aynaa pergilah turun ke bawah. Ada beberapa orang nak berjumpa dengan anak kesayangan papa yang cantik ini". Tutur papa dengan lembut.
Keningku bertaut.
Beberapa orang hendak berjumpa aku? Siapa agaknya mereka?
Raifa, Afwan, Rayyan dan Zayyan ke?
+++
AKU hanya bersiap ala - ala kadar saja. Aku sememangnya fikir yang Afwan, Raifa, Zayyan dan Rayyan yang datang. Tapi, apa yang aku fikirkan itu sama sekali meleset apabila aku nampak opah, atuk dan Abang Aden yang sedang duduk di atas sofa ruang tamu.
"Opahhhh!" Aku terus sahaja berlari mendapatkan opah. Tubuh opah dipelukku dengan erat untuk melepaskan perasaan rindu. Kemudian, aku memeluk tubuh atuk pula membuatkan atuk tergelak suka dengan tingkahku dan aku akhirnya melabuhkan punggung disebelah Abang Aden.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...