HARI inilah harinya sekolah mengadakan ujian keberanian.
Aku masuk ke dalam pekarangan sekolah dengan penuh berhati - hati. Risau jika terserempak dengan Ethan atau Ralph. Aku akan lari kalau aku berjumpa mereka.
Ya!
"Aynaa!"
Aku dah bersedia nak lari tapi tangan seseorang menarik lenganku. Perlahan - lahan aku menoleh memandang pemilik tangan itu.
Phew.
"Leo". Aku tersenyum.
"Nanny dah ready nak masuk ujian keberanian? Leo dah tak sabar!" Tutur Leo sambil membetulkan topinya.
Leo memakaikan aku topi sama sepertinya.
"Cantik!" Pujinya.
Aku tersenyum.
"Ujian keberanian tu macam mana? Aku tak pernah main pun. Sekolah aku tak ada aktiviti pelik macam ni". Kataku.
Leo mengambil beg aku.
"Bagi Leo pegang". Katanya seraya menggalas begku.
"Tak apa ke? Susah - susah je".
"Tak apa. Tapi, kenapa nanny bawa buku? Hari bukannya belajar pun. Buat penat je bawa buku - buku ni". Tutur Leo sambil membetulkan beg aku.
"Tak apalah. Bawa buku kan dapat pahala?" Bidasku.
Leo ketawa hambar.
"Sorry, lupa pula Aynaa ni lain". Balasnya perlahan.
"Jadi, tentang ujian keberanian?"
"Kita akan masuk dalam sebuah dewan besar tau. Dewan tu gelap dan semua barangan dah disusun dengan mudah. Kita kena jalan dalam gelap dan selamatkan diri dari hantu yang mengejar kita".
"Kalau hantu tu dapat tangkap kita?"
"Kalau dapat dia akan tanya nak keluar atau teruskan? Kalau pilih nak teruskan kita kena bertarung dengan hantu tu sampai kita terlepas dari dia. Kalau kita keluar kita dapat sagu hati". Kata Leo sambil makan lolipop.
Leo takut gelap.
Aku takut hantu.
Adui...
"Kalau orang belasah hantu tu macam mana?" Soalku lagi.
Aku rasa musykil pula. Ralph dan Ethan pun sertai ujian ni juga. Takkan Ralph tak belasah hantu tu kan?
"Belasah pakai tangan saja. Tak boleh ada apa - apa peralatan yang berbahaya. Lagipun, orang yang jadi hantu ni suka rela dan mereka dah dibayar sebab tugas ni susah". Kata Leo.
Ya, memang susah.
"Jomlah kita pergi letak beg nanny di dewan dulu. Leo letak beg nanny sebelah Leo". Katanya seraya menarik lengan bajuku.
"Meriahnya hari ni".
"Mestilah. Lima tahun sekali saja sambutan ni. Nanny bertuah sebab dapat merasa". Katanya seraya meletakkan beg aku bersebelahan begnya.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...