CINTA?
Ya, cinta itu ialah kesetiaan bagi seorang Harraz Izzaf untuk Lyra Ayreena dan untuk itu, Ayreena sangat takut untuk pergi meninggalkan Harraz buat selamanya.
Dia takut lelaki itu akan merana tanpanya. Namun, apakan daya?
"Sayang..."
Ayreena menoleh memandang suaminya yang datang mendekatinya lalu Harraz melabuhkan punggung dibirai katil.
"Ada apa, abang?" Soal Ayreena lembut.
"Kenapa sayang tak banyak bercakap pun semenjak beberapa beberapa minggu ni? Abang buat sayang marah pun sayang tak marah. Sayang senyum je".
Ayreena tersengih.
Pipi Harraz diusapnya lembut.
"Sayang tak marah sebab sayang dah tak larat nak marah. Abang terlalu comel untuk dimarahi". Balas Ayreena lembut.
"Sayang nak tinggalkan abang ke?" Soal Harraz perlahan.
Ayreena mengerut dahi.
"Kenapa pula sayang nak tinggalkan abang? Sayangkan ada di sini?"
"Sayang tak macam ada dengan abang pun. Sayang macam tengah fikir sesuatu. Sayang nak tinggalkan abang ke? Sayang nak pergi jauh dari abang? Siapa yang akan kekal dengan abang kalau bukan sayang?" Soal Harraz perlahan.
"Ya Allah, kenapa sayang nak tinggalkan abang? Sayang kan isteri abang". Balas Ayreena lembut.
"Si-singa takkan tinggalkan abang kan?"
Ayreena menggeleng perlahan.
Harraz mengetap bibir.
"Ab-abang tak nak hidup kalau sayang tak ada". Tutur Harraz seraya memeluk erat tubuh Ayreena.
Ayreena mengetap bibir.
Dia cuma menahan tangisan.
"Shhh, sayang ada. Selagi sayang ada sayang akan kekal disisi abang. Sayang akan jaga abang". Balas Ayreena dengan penuh kasih.
Harraz teresak.
"Jangan tinggalkan abang".
"Takkan. Cinta sayang milik abang. Hanya abang sampai hujung nyawa sayang", Balas Ayreena tenang.
+++
"HARRAZ Izzaf bangunlah!" Ayreena mula dengan rutin harian paginya.
"Nantilah singa. 10 minit lagi".
"Hari ni hari lahir Ayana! Kita kena pergi beli ambil hadiah yang kita dah tempah tu!" Marah Ayreena.
Harraz benamkan wajah pada bantal.
Ayreena menarik kasar rambut Harraz.
"Eyyy, sakitlah singa!"
"Eii, bangunlah pemalas! Cepat pergi mandi sekarang!" Arah Ayreena seraya menarik kasar tangan suaminya supaya bangun.
"Suka paksa orang".
"Hari lahir cucu kita hari ni!" Bentak Ayreena marah.
"Yalah orang nak mandilah ni tak payahlah nak marah!" Harraz menarik muka lantas dia berlalu masuk ke dalam tandas.
Ayreena menghela nafas.
"Jangan tidur dalam tandas! Sayang masuk tandas nanti sayang tampar abang!"

YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
Roman d'amourREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...