"KAKAK nak mainan tu!"
"Ta-tapi, ummi beli ni untuk Luna". Balas Luna perlahan.
"Bagi sajalah! Mainan Luna mainan kakak juga". Bidas Raifa kasar. Luna mengemam bibir lalu dia menghulurkan mainan itu pada Raifa.
"Ini ummi beli kan?" Soal Raifa.
Luna hanya mengangguk perlahan.
Mainan itu dipatahkannya.
"Kak Raifa!" Luna mula menangis.
"Ambil balik. Buang masa saja mainan sampah ni". Raifa berikan mainan itu pada adiknya semula.
Luna teresak kecil.
"Ummi". Raungnya kuat.
"Ya Allah, kenapa Raifa buli Luna lagi? Biarlah Luna main mainan dia". Tegur Widya dengan lembut.
"Bisinglah mainan dia tu, ummi. Mengada - ngada".
"Dia baru dua tahun, Raifa Wardina. Raifa tu dah 10 tahun. Kenapa perangai tak matang sangat ni?" Tegur Widya lagi. Nadanya sudah berubah apabila mengetahui Raifa memang sengaja merosakkan mainan Luna.
"Ummi menangkan Luna. Semua dia. Raifa je salah". Rungut Raifa lantas dia bangun dari situ.
"Ummi..." Luna teresak kecil.
"Ala kesian anak ummi ni. Tak apa, ummi ada". Pujuk Widya lembut. Rambut Luna diusapnya dengan penuh kasih.
"Ummi, Afwan dah balik! Eh, kenapa Luna menangis lagi ni?"
"Menangis lagi? Urgh, hari apa je Luna ni tak menangis. Aku nak naik atas. Kau pujuklah adik kesayangan kau ni". Ujar Affan seraya berlalu naik ke tingkat atas.
Afwan mencebik melihat Affan.
Afwan membuka langkah mendejati umminya.
"Biar Afwan pujuk Luna. Ummi pergilah sambung memasak".
Widya memberikan Luna pada Afwan.
"Ab-Abang Afwan. Kak Raifa patahkan ma-mainan Luna". Adu Luna bersama - sama tangisan.
"Tak apa. Nanti Abang Afwan beli mainan untuk Luna. Luna nak pergi jalan - jalan? Kita vrooomm!"
"Betul?"
"Yep! Abang Afwan bawa Luna jalan - jalan sampai Luna happy. Jom". Afwan mendukung tubuh kecil itu.
"Ummi, Afwan bawa Luna keluar dulu tau. Nanti kami balik".
"Bawa Luna elok - elok". Pesan Widya.
"Baik, ummi!"
+++
WIDYA memerhatikan Raf masuk ke dalam bilik mereka. Suaminya itu sedang membuka baju.
"Boleh tak husband nasihat Raifa supaya tak membuli Luna? Mainan yang wifey beli pun dia pergi rosakkan".
"Luna tu lembik sangat". Balas Raf selamba.
"Husband memang tak pedulikan Luna kan? Kenapa husband buat macam ni?" Marah Widya.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...