DIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa.
Ya, dia akui bahawa dia bad girl.
Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. Disebabkan itu, Rizq Althaf menawarkan diri untuk memperisterikan Raisya Asluna supaya gadis itu dapat mengetahui bahawa kasih sayang bukan semua harus diberikan bukti.
Luna tak mampu nafikan bahawa seorang Rizq memang sangat sempurna bagi seorang lelaki dan suami. Tetapi, kekurangan lelaki itu cuma satu. Rizq...
Tak pernah sekalipun memandang dia sebagai seorang 'isteri' mahupun 'wanita'. Malahan, Rizq menurut setiap arahan walid dan juga ayah angkatnya persis anak yang soleh.
Hati Luna terluka.
Hadirnya juga seseorang gadis yang merupakan anak arwah kawan baik walid dan ayah angkatnya, dunia Luna terus menjadi kelam apabila Rizq diarahkan untuk berkahwin dengan gadis itu.
"Luna, abang rindu Luna" - Rizq Althaf
"No. Abang Rizq tak pernah pun pandang Luna sebagai isteri. Abang Rizq cuma nampak Luna sebagai seorang adik. Berbeza pula dengan Laureen. Sebab walid dan yang lain sayang dia, Abang Rizq pandang dia sebagai isteri!" - Raisya Asluna
Tidak ada yang mampu Luna lakukan. Dia bertekad untuk lari dari mimpi ngeri membuatkan Luna membawa diri tanpa diketahui. Namun, setelah dua tahun dia dibawa pulang Farhan kembali pada Rizq.
"Kenapa kau bawa aku datang sini semula?" - Raisya Asluna
"Aku sayang kau, Luna. Aku tak sanggup biarkan kau terus jadi isteri yang nusyuz", - Farhan Hezri
Meskipun perit, masalah tetap perlu dihadapi. Kebenaran tetap perlu dicari. Cinta tetap perlu dihargai.
"Laureen takut..." - Laureen Alyah
Tegakah Luna untuk terus membenci jika Laureen juga mangsa di dalam kisah ini? Adakah penipuan di dalam sebuah kebenaran? Apakah penghujung buat kisah ini? Akankah ada keadilan buat seorang Raisya Asluna?
+++
Akan datang selepas cerita Imdad tamat sebab cerita ini ada bersangkutan dengan Imdad.
And also unexpected ending sebab ada dua hero dalam cerita ni. Apa yang pasti bukan Farhan Hezri heronya❣️
P/s: cerita ni kena bawak bersabar takut kena darah tinggi😁
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...