HARI ini Aden menemani mummy dan daddy pergi membeli belah memandangkan isteri - isterinya menjaga adik - adiknya dirumah.
Kalau bawa seorang nanti lagi tiga akan cemburu. Sudahnya dia tinggal saja empat - empat di rumah.
Sudah pastinya isteri - isterinya akur saja dengan keputusan adilnya.
Ting!
Langkah Aden mati tatkala dia merasakan telefonnya berbunyi. Aden menyeluk poketnya lalu dia membawa keluar telefonnya itu.
Assalamualaikum, abang. Anak nak teringin nak makan coklat. Abang boleh belikan? Please... - Hana Sayang.
Aden tersengih.
Isteri dia ini memang jenis yang sopan saja.
Waalaikumusalam. Boleh, Hana. Nanti abang belikan untuk Hana - You.
Thank you, abang! - Hana.
Elok saja Aden mahu menyimpan telefon bimbitnya tiba - tiba saja dia memperoleh mesej dari cik - cik isterinya yang lain.
Abangggggggg Dina nak juga makanan! Dina tengah pregnant ni. Janganlah lebihkan Kak Hana! - Irdina Sayang.
Abang... Hasya pun nak makanan boleh? Hasya pun mengandung juga. Nanti Hasya tak boleh makan apa - apa dah kalau berpantang. Tolong ya? - Hasya Sayang.
Abang. Farah nak abang belikan juga. Belikan apa - apa pun tak apa asalkan Farah boleh kongsi dengan anak - anak. Jangan lupakan kami - Farah Sayang.
Uh-
Aden kelu membaca mesej yang dihantar serentak oleh isteri - isterinya. Tak lain tak bukan ini mesti bergaduh di rumah. Nasib baiklah kakaknya ada di rumah daddy juga.
Aden pasti yang isterinya takkan bergaduh seperti kebiasaan.
"Itulah mummy dah kata jangan kahwin. Kamu nak kahwin juga". Celah Qisha tiba - tiba.
Aden tersengih.
"Mummy..."
"Tengok kan susah nak melayan? Seorang minta semua mesti nak minta. Ada seorang senang je". Omel Qisha.
"Er- Aden kesian my..." Balas Aden perlahan.
Jika nak diikutkan dia pun tak nak kahwin. Tapi, apakan daya? Keempat - empat itu kawan baiknya dari sekolah menengah.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...
