LANGKAH dibuka menuju ke arah dapur selepas aku pulang ke rumah. Aku datang saja ke dapur aku sedang melihat papa dan mama sedang membuat kek.
Ayyaz pun tolong juga.
Patutlah riuh.
Aku memeluk tubuh mama dari belakang. Mama terkejut tapi dia ketawa.
"Baru balik? Macam mana berjumpa dengan Affan lepas lima tahun?" Soal mama dengan prihatin.
"Aynaa dapat ni". Aku meleraikan pelukan lalu cincin lamaran Affan ditunjukkan pada mama.
Mama terkejut.
"Affan melamar Aynaa? Alhamdulillah!" Mama memeluk tubuhku.
Aku ketawa kecil.
"Pandai juga dia guna otak. Ingatkan lepas lima tahun tak cerdik lagi. Tak tunggu dah memang papa pergi tumbuk saja muka dia". Balas papa sambil mencuri sikit topping kek yang dibuat mama.
Mama meleraikan pelukanku. Lantas dia menampar tangan papa.
"Janganlah curi. Nanti habis!"
"Ala. Habis nanti kita buatlah lain. Kita buat sama - sama. Berdua baru best". Balas papa seraya menayang muka mengusik.
Mama mencebik tetapi wajahnya merah.
Aku ketawa.
"Kerja gelak saja. Mentang - mentanglah dah kena cop dengan Affan. Tak ingat papa dah. Hmph, papa nak merajuk!"
Pft!
Aku terus saja pergi peluk tubuh papa.
Papa tersenyum.
"Eii, anak papa ni dah besar. Nanti dah kahwin. Papa rasa papa dah tua".
"Abang memang dah tua pun". Balas mama selamba.
"Meowyeen diam. Abang cium nanti". Aku meleraika pelukan papa lalu aku tersenyum.
"Tadi Affan melamar Aynaa dengan cara yang Aynaa tak sangka pun. Aynaa rasa gembira sangat tau! Luna pun kan sampai menangis sebab gembira". Kataku pada mereka.
Senyuman papa mati.
Mama kembali menyambung kerjanya.
Eh, kenapa?
"Aynaa pergilah mandi dulu". Papa terus menukar topik.
Takkan Luna buat perangai kut? Setahu aku, Luna tu sangat baik. Aku suka saja cara dia tu bercakap dengan aku serta perangai dia. Luna jauh lebih matang berbanding aku.
"Ehem. Kak Aynaa lupakan yang hensem di sini ke?" Tegur suara itu.
Oh, Ayyaz.
"Maaflah. Kak Aynaa tak nampak minion. Nanti jadi tinggi sikit baru Kak Aynaa nampak". Balasku selamba.
"Urgh. Hati Ayyaz terluka sebab kata - kata Kak Aynaa. Ayyaz nak mati".
Aku tersengih.
Tubuh kecilnya terus dipelukku dengan erat.
Pipinya diciumku berkali - kali.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
Storie d'amoreREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...