NAMA dia?
Aydeen Hyraz bin Harraz Izzaf. Jika mahu kisah lanjut tentang diri dia yang jahil dulu bolehlah menjenguk cerita yang bertajuk namanya dan juga nama abang kembarnya- Deel & Deen.
Dia ialah seorang ayah kepada 15 orang anak.
Muahehehe...
Anak sulungnya telah menjadi hak milik orang. Anak keduanya juga sudah berkahwin dan memperisterikan empat orang wanita.
Dia nak kahwin lagi?
Taubat dia takkan buat sebab isteri dia tu ganasnya mengalahkan yakuza!
Sebelum dia mati kena pijak dengan Qisha. Lebih baik dia pasrah saja punya seorang isteri dan 15 orang anak. Lagipun, dia dah berusia.
Sedar diri saja kubur sudah memanggil.
"Sayangggg..." Aydeen membaringkan tubuh di sebelah isterinya yang sedang membelek telefon.
Aydeen menyendel manja pada dada Qisha.
"Abang nak apa?" Soal Qisha hairan.
"Nak kasih sayang". Balas Aydeen.
Qisha mencebik.
Aydeen merebahkan kepala di atas dada Qisha.
Kolar baju isterinya disentuh.
"Anak - anak kita dah besar. Aydania dah kahwin dengan Dhani. Aden dah kahwin juga. Tiga serangkai tu pun baru je nak melangkah ke jinjang pelamin. Nasiblah kita kahwin awal kan? Ada rezeki dapat anak ramai".
"Saya kahwin pun sebab saya takut abang ngap saya awal - awal. Abang kan bekas playboy". Omel Qisha sambil menjeling wajah suaminya.
"Alooo janganlah marah".
Aydeen tahu Qisha tak suka bila mengingatkan kisah jahilnya sebelum bertemu Qisha. Dia mengaku dia teruk itu pun kerana dia hilang pedoman.
Arwah papa dan arwah mama tak mahu berikan perhatian membuatkan dia memberontak sehingga bertindak memalukan keluarga.
Itu bila Aydeen mempunyai anak sendiri dia melayan semuanya dengan sama rata malahan hobi semua anaknya dia tahu kerana Aydeen faham betapa sakitnya tidak diberikan kasih sayang. Oleh itu, Aydeen memang sebolehnya memberikan masa yang dia ada untuk anak - anak.
Kini dia bersyukur kerana anak - anaknya menjadi anak yang sangat baik atas hasil didikan Qisha dan dia.
"Sayang baca apa tu?" Soal Aydeen sambil menjenguk sama telefon Qisha.
"Ini ha. Anak bongsu kita rakam yang kakak - kakak ipar dia tu berebut Aden".
Aydeen ketawa kecil.
"Nasib Aden lah. Memang jenuh dia nak pulun semua. Patutlah kadang - kadang seminggu dia lari datang rumah kita sendiri. Dia mesti nak masa bersendirian".
"Itulah anak abang. Terlebih baik sangat. Kesian pada mereka berempat tu sampaikan dia mendapat sekarang". Bidas Qisha.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...