"MENGANDUNG, lagi?" Raf sudah mencekak pinggang dihadapan isterinya yang duduk di atas katil. Widya hanya diam sambil tertunduk.
"Kenapa? Kenapa wifey tak pernah dengar cakap husband? Tak cukup ke kembar tiga tu? Kita dah bahagia ada tiga orang anak. Takkan tak cukup lagi?"
"Maaf. Tapi, wifey teringin nak pegang baby. Wifey janji wifey akan jaga anak kita betul - betul. Wifey takkan susahkan husband". Pujuk Widya dengan lembut.
"Itu bukan masalahnya!"
Widya tertunduk takut.
Jerkahan Raf itu sangat menakutkan.
Raf menghela nafas.
"Pergi bersiap". Mendengar arahan Raf membuatkan Widya mendongak memandang suaminya.
"Kita nak pergi ke mana?" Soal Widya perlahan.
"Kita pergi gugurkan budak tu. Husband tak nak".
"Tak boleh! Ni anak wifey".
"Kenapa degil sangat, Widya? Gugurkan saja budak tu. Husband tak nak anak dah! Cepat ikut husband". Arah Raf tegas.
"Tak nak!" Widya juga membentak.
Raf mengetap rahang.
"Atau kau mengandung anak Rian?"
"Apa? Anak Rian? Tergamak husband tuduh wifey macam tu!" Marah Widya. Air matanya gugur.
"Wifey..."
"Perempuan yang husband tuduh mengandungkan anak lelaki lain ni. Tak pernah sekali pun serahkan tubuh pada mana - mana lelaki selain husband. Tapi, husband tergamak cakap macam itu sebab wifey tak nak gugurkan anak ni". Widya menangis.
"Bukan macam tu. Husband tak nak wifey tanggung sakit".
"Husband fikir nak gugurkan anak tu tak sakit ke?!"
Raf menghela nafas.
"Wifey..." Raf memanjat katil. Tubuh Widya dipeluk dari belakang.
Widya mula menghamburkan tangisan.
"Husband minta maaf".
"Husband memang tak pernah padam pun api cemburu husband pada Rian. Rian tak salah apa - apa dalam hal ni sebab dia pun dah bahagia dengan Leen. Wifey sendiri maafkan husband walau apa pun yang husband buat pada wifey. Tapi, husband..."
"Maaf".
"Pergilah buat check-up. Wifey tahu husband tertekan kan?" Soal Widya lembut.
Widya tahu.
Tekanan yang arwah daddy berikan pada Raf takkan pernah menghilang dengan mudah. Raf hanya diam dan menyimpan semuanya sendiri sehinggakan tanpa sedar Raf menyakitinya seperti mana arwah daddy pernah menyakiti Raf.
"Wifey nak tuduh husband gila ke?"
"Bukan macam tu tapi wifey takut kalau husband bertindak menyakiti anak kita pula..." Tutur Widya perlahan.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...