"AKU terima nikahnya Ayana Fareeha binti Affan Rafisqi dengan mas kahwinnya 300 tunai". Dengan itu, Ralph sudah sah menjadi suami aku.
Hik...
Aku kahwin dengan orang tua.
Kenapa aku pernah kata yang aku nak kahwin dengan dia? Huhuhu...
"Ayana..." Mama menyeru aku.
Aku memandang mama.
"Ralph datang tu".
Aku memandang Ralph yang datang ke arahku.
Dia mengukirkan senyuman manis.
Kawan - kawan aku kata dia kacak. Ya, aku mengaku dia masih lagi kacak. Masalahnya, dia tua.
Aku tak nak suami tua. Tapi, apakan daya? Mama dah suruh aku kahwin jadi aku kena kahwin.
Mama syurga aku.
"Err, assalamualaikum". Tegurnya segan.
"Waalaikumusalam". Balasku perlahan.
Ralph menggosok leher.
"Ambil ni, Ayana". Aku mencapai cincin yang diberi mama lalu aku meminta tangan padanya.
Ralph hulurkan tangan dan aku menyarungkan cincin pada jari manisnya. Lalu aku cium tangannya.
Aku memandang Ralph.
Pipinya membahang.
Kenapa pula?
"Er-" Ralph garu pipi.
"Tunggu apa lagi? Sarungkan anak aku cincin!" Aku dengar suara papa menegur.
Aku hulurkan tangan pada Ralph.
Dia sarungkan cincin pada jari manisku.
Tangan Ralph hangat berbeza dengan tangan aku yang sejuk.
"Ciumlah". Tutur mama.
Dia nak tangkap gambar.
"C-cium?" Ralph terkebil - kebil.
Aku hanya menunggu saja. Terundur tubuhku tatkala dia mahu menciumku.
"Ehhh, Ralph!! Bukan cium situ. Ya Allah, cium dahi. Nak cium situ tunggu dalam bilik nanti!" Larang mama.
Ralph tergelak segan.
"Katalah cium dahi". Balasnya perlahan lalu dia mencium perlahan dahiku.
Ralph menjarakkan tubuh kami dan dia mengukirkan senyuman manis padaku.
Aku hanya memandangnya.
Ini kan permulaan aku sebagai isterinya?
Aku seramlah...
+++
HABIS saja majlis aku tak berani nak jejak masuk bilik walaupun Ralph dah menghilang ke bilik untuk membersihkan diri.
Aku rasa seram.
Hik...
Tolonggggg!
"Eii, cucu yang cantik ni dah kahwin!" Tubuhku tiba - tiba ditarik ke dalam pelukan.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomantikREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...