HARI ini, aku menemani Luna duduk di luar rumah. Aku tahu Luna tentu saja tak selesa sekiranya ada ramai orang yang memerhatikan dia.
Aku menyikat rambutnya sambil kami duduk di atas buaian. Aku meribanya.
Aku tak ada adik perempuan. Jadi, bila Luna menjadi adik ipar aku. Ini sangat menyeronokkan.
"Kak Aynaa..." Serunya lembut.
"Hmmm?"
"Kak Aynaa ikhlas ke sayangkan Luna macam abang Afwan sayangkan Luna?" Soalnya perlahan.
"Mestilah. Kak Aynaa sentiasa ikhlas menerima Luna seadanya". Balasku lembut. Aku memeluk erat tubuhnya.
"Walid tak sayang Luna".
"Kak Raifa benci Luna".
Itu yang dia tuturkan tetapi wajahnya kelihatan sangat sayu dan sejujurnya aku juga sayu mendengar bicaranya.
Luna menangis.
"Walid suruh ummi mengandungkan Aqhar sebab walid tak nak Luna rapat dengan ummi..." Tukasnya lagi.
Aku terdiam.
"Luna tak ada kawan selain Abang Afwan. Di sekolah, Luna hanya ada Farhan. Luna tak percayakan sesiapa sebab Luna takut".
"L-Luna nak walid sayang Luna. Luna nak walid puji Luna macam walid puji Kak Raifa. T-tapi, walid tak pernah buat pun. Wa-walid kata Luna cuma ke-kesilapan". Luna teresak.
Aku yang sayu.
"Ha-hari - hari Luna menangis. Luna dah tak nak menangis. T-tapi apa yang walid cakap semua menyakitkan hati Luna". Adunya lagi.
Aku sentuh lembut pipi Luna.
"Pipi Luna ni kenapa?" Soalku risau. Pipinya kelihatan bengkak.
"Tsk. Ini? Ini walid tampar Luna sebab Luna tampar Kak Raifa. Kak Raifa tiba - tiba saja rosakkan kerja sekolah yang Luna dah usahakan selama tiga hari".
"Tak sakit ke?" Soalku risau.
"Sakit. Tapi, tak apa sebab Luna puas hati". Balasnya selamba.
Luna memang lain berbanding perangai Raifa. Luna lebih berdikari berbanding Raifa yang sentiasa mahu orang sekeliling berada disampingnya.
"Kak Aynaa tuamkan dengan ais ya?"
"Tak naklah. Sejuk". Dia menggeleng.
"Tapi-"
"Terima kasih sebab berkawan dengan Luna. Luna rasa gembira sebab Kak Aynaa berkahwin dengan Abang Affan".
"Maaf Kak Aynaa kalau Luna bawa nasib malang pada keluarga Kak Aynaa..." Makin lirih suaranya bertutur.
Aku menggeleng.
"Jangan anggap diri Luna macam itu. Luna istimewa". Pujukku.
Luna tersenyum nipis.
"Hati Luna ni rasa sakit. Dari kecil sampai besar pun Luna tak pernah dapat kasih sayang walid. Luna selalu tanya diri Luna. Apa salah Luna sebagai seorang anak sehinggakan walid membenci Luna? Luna pun teringin nak jadi adik beradik yang lain. Hidup gembira dengan Kak Raifa. Main dan masak sama - sama. Tch. Tapi Luna sedar impian Luna tu takkan pernah jadi kenyataan".
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomansaREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...