BAGAIMANA hari pertama aku di sekolah baru?
Menyeramkan.
Kenapa? Eh, macam mana aku tak seram kalau lelaki yang bernama Ethan a.k.a table-mate aku yang baru asyik merenung aku?
Cikgu suruh hafal dialog bukannya hafal muka aku!
Aku menarik buku melindungi sedikit wajahku. Pandangan Ethan membuatkan aku berasa tak selesa tetapi Ethan menarik buku itu menjauh dariku.
Aku menoleh memandangnya.
Ethan tersenyum sinis.
"Kenapa nak tutup muka kau? Kau kan cantik. Aku nak tatap muka kau lama - lama". Ujarnya bersahaja namun cukup untuk membuat aku merona merah.
Aku terus memandang buku.
Kreak!
Aku menoleh memandang sisiku dan aku terkejut tatkala melihat Leo tersengih memandangku.
"Ey, cantiknya kau!" Pujinya.
Wajahku membahang lagi.
Ethan ketawa sinis.
Aku nampak Ralph juga menarik kerusi untuk berhadapan denganku.
"Aku nak kongsi meja juga". Ujar Ethan seraya menolak kerusiku merapati Leo. Leo pun sengaja aje menarik kerusi yang didudukiku merapat dengannya sehingga tiada ruang antara kami.
Ya, baguslah.
Empat orang satu meja. Dahlah aku kena kepit dengan Charming.
"Bo-boleh awak berdua jauh sikit? Saya tak selesa". Kataku perlahan.
"Saya-awak? Duh, bosan gila kau ni. Aku-kau baru best". Bangkang Ethan sambil mencebik kebosanan.
"Apa pula aku-kau? Sayang-abang lagi best. Kan, Ralph?" Soal Leo nakal.
Ralph cuma ketawa sarkastik.
Wajahku membahang.
Ah, aku rasa nak mati saja duduk di sini!
Aku terus bangkit.
Tiga Charming itu melihatku bersama - sama wajah hairan.
"Cikgu saya nak pergi ke tandas!" Kataku.
Meskipun terpinga - pinga, cikgu akhirnya mengangguk juga. Tanpa membuang masa aku bingkas berlari keluar dari kelas.
Boleh gila.
Kenapa gaya mereka seakan - akan mahu menggoda aku? Apa masalah mereka sebenarnya?
Aku menghela nafas.
"Sekarang, aku lupa tandas di mana. Kenapa aku tak ajak seorang teman aku pergi ke tandas?" Gumamku sendiri.
"Kau ni budak - budak ke nak pergi ke tandas berteman?"
Aku menoleh memandang Ethan yang membuka langkah mendekatiku.
"Huh?"
"Jangan nak buat muka blur. Tapi, kan. Aku rasa aku pernah tengok muka kau ni..." Ethan mengerut dahi sambil merapatkan wajahnya dengan wajahku.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...