Bab 9🌹

3.3K 338 37
                                    

"AFFAN..."  Aku  terus  sahaja  menyerunya  sebaik  sahaja  aku  nampak  Affan  melintasiku.

Hari  ini  Affan  tak  ada  bersama  -  sama  Stella.  Aku  tak  tahu  sama  ada  Affan  sedang  menenangkan  fikiran  atau  apa.  Tapi,  Affan  memang  berjalan  bersendirian.

"Apa?"

"Aku  nak  cakap  terima  kasih  untuk  masa  lalu.  Kau  yang  cuba  nak  selamatkan  aku  kan?"

Air  muka  Affan  berubah  tatkala  mendengar  bicaraku.

"Bukan  kau-"

"Abang  Aden  cerita  pada  aku.  Kau  sepatutnya  bercerita  dengan  lebih  awal  lagi  supaya  aku  tahu  kenapa  kau  jadi  begini.  Aku  boleh  membantu  kau  supaya  berubah".  Kataku  dengan  bersungguh.  Namun,  Affan  menggeleng  perlahan.

"Jika  kau  dah  tahu  jangan  dekat  dengan  aku.  Walid  kata  aku  ni  penyebab  kau  terseksa.  Walid  tak  benarkan  aku  mendekati  kau..."  Ujar  Affan  perlahan.

Meskipun  aku  tak  boleh  ingat  semula  kejadian  lalu  tapi  aku  tahu  Affan  trauma  disebabkan  perkara  itu.

Abang  Aden  cerita  padaku  bahawa  waktu  itu  aku  dan  Affan  memang  sering  bermain  bersama  -  sama.  Sama  seperti  papa  dan  mama  yang  sentiasa  ada  untuk  satu  sama  lain.  Begitulah  aku  dan  Affan.  Sehinggalah,  suatu  hari  aku  dan  Affan  bertengkar.

Aku  menangis  lalu  aku  berlari  ke  tengah  jalan.  Affan  sudah  cuba  mahu  mengejar  aku  tapi  takdir  sudah  menentukan  aku  dilanggar.  Aku  dilanggar  betul  -  betul  dihadapan  Affan  membuatkan  Affan  patah  semangat  untuk  terus  hidup.

Affan  mengalami  depresi  yang  melampau  menyebabkan  dia  menghidap  bipolar  mood  disorder.  Pada  ketika  itu,  Affan  tidak  ada  tempat  bergantung  kerana  semua  menyalahkan  diri  sehingga  Affan  bertekad  untuk  membunuh  diri.  Mujurlah,  Stella  datang  membantu  tetapi  budi  Stella  itu  dibalas  Affan  dengan  menjaga  Stella.

Affan  menjauhi  aku  kerana  trauma  tetapi  dia  masih  merindui  aku  dan  aku  juga  sangat  -  sangat  rindukan  Affan.

"Affan..."

"Aynaa,  kau  sendiri  dah  tahu  cerita  sebenar.  Jadi  kau  perlu  tahu  yang  kau  mesti  menjauhkan  diri  dari  aku.  Walid  tak  suka  aku  rapat  dengan  kau  sebab  kalau  sesuatu  terjadi  pada  kau  lagi  mama  akan  bersedih".  Ujar  Affan  dengan  tegas.

Aku  mengemam  bibir.

"Tapi,  kau  dah  janji  nak  jadi  protector  aku". 

"Aku  ni  protector  kau?  Aku  ni   protector  yang  gagal.  Kau  kena  jaga  diri  sendiri  tanpa  perlu  mengharapkan  aku.  Aku  ada  Stella  untuk  dijaga".  Tutur  Affan  bersahaja  lantas  dia  berlalu  pergi  meninggalkanku  sendirian.

Tubir  mataku  menghangat.

Kenapa  bukan  aku  saja  yang  menyelamatkan  Affan  dari  bunuh  diri? 

Aku  cemburu  tapi  aku  tak  boleh  bertindak  untuk  mempertahankan  Affan  kerana  dia  bukan  sesiapa  melainkan  kawan  baik  aku.  Affan  ada  hak  untuk  berkawan  dengan  sesiapa  saja  tak  kira  aku  melarang  atau  tidak.

Namun,  aku  menjadi  sakit  hati  apabila  teringatkan  layanan  romantis  Affan  pada  Stella. 

Aku  mahu  begitu  juga.

AFFAN: Her Protector Where stories live. Discover now