SEUSAI bersiap, aku turun ke tingkat bawah untuk melihat mama dan Ayyaz. Mama sedang duduk di ruang tamu sambil melayan kerenah Ayyaz.
"Ayyaz suka hello kitty tak? Hello kitty comel!" Ujar mama bersama - sama sengihan.
Aku ketawa kecil melihat mama.
Mama terlalu obses dengan hello kitty sehinggakan bilik Ayyaz juga dia hias dengan corak hello kitty sehinggakan papa terpaksa membahagikan bilik itu kepada dua agar papa boleh menghiaskan bilik Ayyaz dengan corak yang disukai budak lelaki.
"Mama..." Seruku.
Mama berhenti bermain dengan Ayyaz lalu mama memandangku.
"Eh, Aynaa nak pergi ke mana?"
"Aynaa nak tunggu papa balik. Papa dah janji nak menghantar Aynaa pergi ke rumah Rayyan". Balasku lembut.
"Jadinya, papa nak keluarlah lepas dia balik kerja? Hmm, mama pun nak ikut jugalah. Sayang mama yang hensem ni pun mesti nak ikut papa kan? Lepas kita hantar Kak Aynaa pergi rumah kawan nanti kita pergi jalan - jalan. Okey?" Soal mama seraya mencuit lembut dagu comel Ayyaz.
Si kecil Ayyaz hanya membalas dengan ketawa kecil.
Aku tersenyum melihat layanan mama pada Ayyaz.
Mama memang selalu melayan kami dengan manja. Bukan setakat aku dan Ayyaz aje dimanjakan mama. Papa pun mama manjakan sehingga papa tak mampu nak berjauhan dengan mama dengan begitu lama.
Aku sedar bahawa mama punya penangan tak mampu untuk papa tandingi.
"Aynaa, mama nak pergi mandikan Ayyaz. Aynaa boleh duduk seorang kat luar ke? Kalau Aynaa takut jangan keluar. Duduk dalam rumah. Nanti kita tunggu papa sama - sama". Cadang mama.
Aku menggeleng.
"Mama pergi saja mandikan Ayyaz. Mama jangan risaukan Aynaa".
"Kalau macam itu tak apalah. Duduk dalam kawasan rumah tau. Jangan pandai - pandai nak keluar. Nanti orang culik Aynaa. Mama tak tahu nak cari kat mana". Pesan mama lagi.
Aku ketawa kecil.
"Okey, ma. Mama janganlah risau". Pujukku.
Mama terus bangkit lalu mama mendukung tubuh kecil Ayyaz.
"Jom mandi. Babai kakak". Tangan si kecil Ayyaz melambai manja ke arahku membuatkan aku ketawa suka.
Comel!
Aku terus sahaja melangkah keluar dari rumah. Namun, elok saja aku melangkah keluar aku nampak kereta Affan terpakir di luar rumahku.
Affan keluar dari kereta bersama - sama muka seriusnya.
"Aynaa!"
"Apa?" Soalku hairan. Tiada salam tiba - tiba saja terjah terus panggil nama aku.
"Aku nak kau keluar ikut aku pergi somewhere".
"Tak bolehlah, Affan. Aku dah janji dengan Rayyan. Janji mana boleh dimungkiri". Kataku tegas.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...