Lima tahun kemudian...
AWAL pagi aku bangun semata - mata aku perlu menunggu Affan. Dia kata dia mahu lakukan sesuatu yang istimewa untukku dan aku tak sabar untuk mengetahui tentang perkara itu.
"Nampaknya ada perempuan tak tahu malu di sini".
Aku mengerut dahi memandang pemilik suara itu.
"Ah, Stella".
"Kenapa dengan muka kau tu? Takkan kau gembira sebab tengok aku?" Soal Stella sambil memandang wajahku dengan jelingan tajam.
Aku terkebil - kebil.
Takkan aku nak senyum pun kena marah?
"Macam mana hubungan kau dengan Affan? Dah punah ke?" Soal Stella penuh sinis.
"Oh. Taklah. Baik je sebab pagi tadi dia mesej aku suruh datang ke sini. Dia ada buat sesuatu yang istimewa untuk aku". Kataku dengan jujur.
Air muka Stella berubah menyampah.
"Riak!" Kutuknya tak puas hati.
Aku terkebil - kebil.
Dia yang tanya.
Takkan aku berikan jawapan pun aku kena tuduh riak? Apakah?
"Aynaa!"
Aku memandang ke arah kereta yang baru tiba dihadapanku. Aku nampak Raifa keluar dari kereta.
"Aynaa!" Sapanya dengan ceria lalu dia memeluk erat lenganku.
"Raifa?"
"Aku datang ke sini sebab Affan suruh aku datang jemput kau. Affan tengah buat persiapan". Tuturnya teruja.
Persiapan?
"Takkan Affan nak serius dengan perempuan macam ni?" Soal Stella tak puas hati. Dia memandangku penuh prejudis.
"Habis kau ingat abang kembar aku tu nak perempuan gedik macam kau ke? Dahlah biadab dengan ummi". Rungut Raifa seraya menjeling Stella.
Aku terkebil - kebil.
"Aku rindu kau! Arghhh, dah lima tahun tak jumpa rasa rindu pula. Kau makin cantik!" Pujiannya membuatkan aku ketawa.
"Kau pun apa kurangnya kan?" Balasku seraya menyenggol bahunya.
Raifa gelak.
Stella mencebik.
"Jomlah, Aynaa. Suami aku dah tunggu dalam kereta". Tutur Raifa seraya menarik aku supaya masuk ke dalam keretanya.
Suami dia tu Zayyan Amsyar. Mereka baru saja berkahwin tahun ini. Tapi, aku tak boleh menghadiri majlis perkahwinan mereka disebabkan kesibukkan aku menjadi model pakaian muslimah.
Aku masuk ke dalam kereta dibahagian penumpang belakang.
Raifa terus saja meloloskan diri ke bahagian penumpang hadapan.
"Ready, Cik Aynaa yang cantik?" Soal Raifa sambil menoleh memandangku.
"Ready, Raifa sayangggg". Balasku lembut.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...