LUNA vol 1 ⇨ RIZQ: The Heartbreaker
LUNA vol 2 ⇨ NASH: Hero si Sweet Devilish
+++
NAMA aku?
Raisya Asluna binti Alfan Rafisqi.
Aku fikir hidup aku berakhir selepas aku terjun dari tingkat atas bangunan. Sejujurnya, aku memang hampir saja menjadi gila dengan semuanya.
Aku memang tak mahu hidup.
Tapi...
Aku tak tahu dia ada untuk menyambut aku waktu itu. Dia memang menjangkakan aku akan lakukan perbuatan gila itu kan?
Pipiku ditarik kuat.
"Aaaah sakitlah!" Aku mencebik bengang.
Dia tergelak.
Kami menetap di sini sudah lima tahun lamanya.
Aku berkahwin dengan dia juga sudah begitu lama sementelah dia membantu aku kerana aku tahu dia hero yang aku tunggu.
Hidup dengan dia bagaikan hidup di syurga kerana aku hanya satu - satunya wanita yang dia cinta. Dia menyayangi dan menjaga aku dengan begitu rapi.
Kami juga ada seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.
"Termenung lagi kenapa? Nash Harizal ada kat sini kan? Nak rindu siapa lagi, hmm?" Soalnya.
Aku tersenyum.
"Mana ada rindu. Luna cuma tak sabar nak tunggu cinta yang kecil ni lahir". Tuturku seraya menarik tangan kekarnya menyentuh perutku yang sudah kelihatan jelas.
Baby bump!
Bila aku beritahu yang aku mengandung dia juga yang menjerit suka. Malahan, habis semua pekerja dia ditelefon untuk beritahu aku mengandung.
Nasib aku lah~
"Mama, papa!" Aku melemparkan pandangan ke arah Nubhan berlari anak ke arah aku dan Nash.
Tubuh Nash dipeluknya.
Nash tergelak.
"Ei, pantang sebut je mesti datang". Omel Nash seraya menarik hidung Nubhan.
Nubhan menayangkan sengihan.
"Peluk papa je lah? Mama tak nak peluk?" Soalku.
"Nak peluk tapi baby halang Nubhan". Rungutnya.
"Eleh, takut sangat. Baby bukan penyek pun kalau Nubhan peluk mama. Mama punya perut ni keraslah. Mama boleh lindungi baby". Tukasku.
Nubhan mahu melompat tapi Nash menarik tubuh Nubhan lalu dia hanya membantu Nubhan memeluk aku.
Nubhan tersengih suka.
Tubuhku dipeluk.
"Jangan lompat atas mama. Kesian mama nanti". Pesannya.
"Okey papa!" Balas Nubhan penuh ceria.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...