AFFAN Rafisqi cuma akan menyayangi aku apabila dia melihat Rayyan melayani aku persis puteri. Meskipun aku dilayan persis boneka tetapi tidak sedikit pun mampu mencacatkan perasaanku pada Affan. Bukanlah mudah untuk menyingkirkan perasaan suka memandangkan dari dulu pandanganku hanya tertumpu pada Affan saja.
Loceng waktu pulang sudah bergema.
Aku sudah menggalas beg untuk bersedia pulang memandangkan papa akan mengambilku tak lama lagi. Namun, langkahku terhenti tatkala begku ditarik dari belakang. Aku menoleh memandang Afwan yang tampak risau melihatku.
"Aynaa, kau okey?" Soalnya prihatin.
Tak. Aku tak okey, Afwan. Hati aku sakit dengan layanan abang kembar kau yang sengaja mempergunakan aku. Aku cuma permainan yang dia mahu sewaktu ketiadaan Stella dan apabila Stella kembali aku akan dibuang seperti sampah yang tiada nilai harganya.
"Aku okey". Balasku perlahan.
Seraut wajah kacak Afwan memerhatikan sepasang mataku. Wajahnya kelihatan serius dan aku tahu bahawa Afwan sentiasa prihatin denganku.
Sejak dulu memang beginilah sikapnya.
"Kau tak okey".
Aku terkejut mendengar bicara tegas Afwan.
"Eh?"
"Beritahu aku. Apa yang Affan dah buat pada kau? Aynaa, kita dah berkawan dari kecil dan aku tahu kau ni memang jenis tak pandai nak menipu. Aku tahu kau menangis",
"Ma-mana ada!" Nafiku pantas.
"Tipu. Aku tahulah kau menangis sebab kalau kau menangis kulit kau akan menjadi merah dan bibir kau pun menjadi merah darah juga. Lain kali kalau nak menipu jangan jadi merah macam tomato. Senang aje nak detect penipuan kau". Sinisnya.
Aku mencebik geram.
"Mana ada". Nafiku lagi.
Afwan menghela nafas.
"Beritahu aku apa yang Affan dah buat sehingga kau menangis?" Soalnya lembut. Sengaja dia buat drama swasta. Malu aku dibuatnya apabila pelajar lain menoleh sebaik sahaja melintasi kami.
"Ak-aku tak cantik ke?" Soalku perlahan.
"Siapa pula yang berani cakap kau tak cantik? Kau beritahu aku biar aku pergi rimbuk bedebah tu!" Ujar Afwan seraya menyinsing lengan baju sekolahnya.
"Tak perlulah sampai nak bertumbuk. Tak ada sesiapa pun yang cakap macam itu. Aku saja yang rasa macam itu..." Kataku perlahan.
Afwan menghela nafas.
"Aynaa, siapa cakap kau tak cantik? Kau perempuan yang paling cantik. Kau sopan, baik dan lemah lembut. Janganlah fikir yang kau tak cantik". Pujuk Afwan lembut. Kepalaku berlapik tudung disentuhnya lembut.
Aku teresak kecil dihadapannya.
"Aynaa?" Suara Affan yang menegur membuatkan aku dan Afwan memandangnya. Lengannya dipeluk erat oleh Stella. Sudah tentunya dia takkan melepaskan kerana Affan itu kacak orangnya. Afwan juga kacak tetapi tidaklah sekacak Affan yang menjadi kegilaan pelajar perempuan disekolah kami.
Aku juga sukakan Affan dari dulu.
Melihat tangan Stella memeluk erat lengan Affan, hatiku bertambah sakit.
"Kenapa Aynaa menangis? Kau buat apa pada Aynaa?" Soal Affan seraya membuka langkah mendekati kami berdua. Stella hanya mengikuti saja langkah Affan tanpa berniat untuk melepaskan lengan Affan.
"Kenapa kau tanya aku? Dia menangis sebab sikap mementingkan diri kau. Aku dah pesan banyak kali. Kalau nak menyakitkan Aynaa tolonglah jauhkan diri dari dia. Aynaa ni rapuh. Bukan besi macam cacing kerawit kau". Sinis Afwan sambil menjeling Stella yang sudah memerah dek menahan amarah.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...