"LUNA ni memang kuat memberontakkan? Ikut sangat keras kepala ummi tu! Perangai tak elok semua nak ikut!"
"Habis walid fikir walid baik sangat ke?!" Bidasku kasar.
Walid yang paling kejam!
"Aku tahu aku tak baik. Tapi sekurang - kurangnya aku ada anak perempuan yang baik. Ada anak yang macam kau ni pun tak berguna!"
"Walid!" Aku mendengar Abang Afwan menegur.
Abang Afwan berdiri dihadapan walid.
Air mataku ditahan daripada gugur. Penumbuk dikepalku dengan kuat.
Tak.
Aku takkan menangis depan lelaki tak guna macam walid!
"Tak perlulah walid nak marah Luna. Kesian dia. Dia pun mesti tertekan juga". Pujuk Abang Afwan dengan lembut.
Walid mengetap rahang.
"Susah kalau semua nak menangkan budak teruk macam ni. Eh, Luna. Nanti kau bersiap saja. Sebulan lagi aku nak kau kahwin dengan Rizq. Aku yang akan walikan kau".
Air mataku gugur.
Ka-kahwin?
Abang Rizq?!
"Luna tak nak!"
"Aku tak kira. Kalau kau tak nak kahwin dengan Rizq. Kau bukan anak aku lagi. Jangan pernah panggil aku walid!" Tegas walid seraya berlalu pergi.
Pujukan Abang Afwan pun tak berjalan dengan lancar.
"Luna..."
Aku menangis.
Abang Afwan menarik aku ke dalam pelukannya.
Ke-kenapa mesti aku yang terseksa dari dulu? Kenapa mesti aku yang menanggung semuanya?
"L-Luna benci walid. Luna benci walid". Ulangku bersama - sama esakkan.
Berapa kali aku terjaga dari lena sekalipun walid takkan pernah sayang aku.
Walid kata kelahiran aku cuma...
Kesilapan.
+++
TAK pernah aku impikan pun untuk berkahwin dengan Abang Rizq.
Aku tak ada perasaan terharu.
Tak juga bangga kerana menjadi isteri.
Apa yang aku rasa? Cumalah sedih.
ANDA SEDANG MEMBACA
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...
