"KENAPA aku kena pindah ke rumah opah dengan kau? Ah, aku rimas betul!" Bermula sampai dari sekolah tadi Affan tak berhenti merungut.
Padanya, aku yang bersalah di dalam hal ini.
Pada orang lain, Affan yang bersalah membuatkan Affan sangat - sangat marah pada aku.
"Aku tak kisah kalau kau tak mahu ikut. Aku takkan membantu kau untuk beri alasan pada mama sebab mama dah pesan pada aku supaya tak melindungi kesalahan kau". Balasku tenang.
Affan merengus geram.
Bam!
Meja kantin diketuknya dengan kuat membuatkan semua memandang ke arah kami.
Aku menghela nafas.
Mood Affan yang mudah berubah ada kalanya membuatkan aku menjadi sakit kepala juga. Tapi, apa yang boleh dibuat lagi? Affan ini juga bakal berpindah ke kampung bersama - sama aku.
"Wei, bodoh". Aku menoleh memandang Affan.
Chup!
Terkedu dikala bibir merahnya mengucup bibirku sekilas.
Di-dia cium aku di kantin?!
Bak!
Tak sempat aku hendak memberikan sebarang reaksi tubuh Affan sudah tergolek jatuh tak jauh dariku dan aku sangat pasti itu tendangan Afwan.
"Eh, jangan jadi sial sangat! Kenapa kau ni suka menjatuhkan maruah Aynaa di depan orang ramai hah? Kau suka ke tengok maruah dia kena injak? Jantan jenis apa kau ni, Affan?" Soal Afwan kasar.
"Perempuan tu memang tak tahu malu kan?"
"Ey, macam mana Raifa boleh kawan dengan perempuan murahan tu?"
Bisikan yang cukup sinis itu melukakan hatiku. Tubir mataku menghangat.
Ak-aku tak suruh pun Affan cium aku...
"Hei, betina!" Tudungku tiba - tiba saja ditarik kasar oleh Stella membuatkan aku bangkit. Stella kemudiannya menampar kuat wajahku.
"Ini untuk muka kau yang tak tahu malu!"
"Hei!" Zayyan hendak menghalang tetapi Raifa melarang. Raifa yang datang mendekatiku. Tangan Stella yang mencengkam tudungku ditepisnya kasar lalu wajah Stella ditamparnya kuat.
Mata Stella membulat.
"Raifa!" Bentaknya bengang.
"Apa dia, tak guna? Kau tampar kawan baik aku dan kau fikir aku nak biarkan saja kau buat dia macam sampah?" Soal Raifa sinis.
"Raifa, betina ni menggoda Affan. Takkan kau tak sedar? Sebab dia juga Affan terpaksa berpindah ke sekolah lain. Seronoklah dia sebab ada Affan! Perempuan ni memang pelacur sama macam mak dia!"
Raifa mencebik bengang.
"Kau kata mama aku pelacur? Eh, Rayyan. Kau jaga Aynaa ni". Aku diberikan pada Rayyan.
Rayyan hanya akur.
"Kau nak buat apa kat Stella? Kau jangan macam - macam, Raifa!" Affan mula menjerkah Raifa. Dia mahu menyerang adik kembarnya itu tetapi Afwan dan Zayyan menghalang.
YOU ARE READING
AFFAN: Her Protector
RomanceREMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi nge...